Dusun Subpan terus berjuang kekal budaya tradisi
Kaum minoriti yang dahulu hampir dilanda kepupusan
DUSUN Subpan lalui sejarah hitam yang tercatat dalam diari kehidupan mereka yang dahulunya hampir dilanda kepupusan namun terus berjuang kekal budaya tradisi nenek moyang.
Dusun Subpan merupakan suku kaum minoriti yang membina petempatan di sepanjang Sungai Segama Lahad Datu seperti Kampung Bukit Belacon, Kampung Litok Pulau, Kampung Teliwas, Kampung Balasu, Kampung Litok Tabpoh, Kampung Tawaiyari, Kampung Opak, Kampung Bakat Burut, Kampung Masuli dan lain-lain sehinggalah ke Danum Ulu Segama.
Yang Dipertua Suku Kaum Dusun Subpan, Baginda Sunoi Rumokai, 69, berkata peristiwa pahit telah tercatat dalam diari kenangan suku kaum Dusun Subpan apabila penempatan asli mereka diserang satu penyakit yang dikenali sebagai sakit manganit kayu iaitu seumpama penyakit
kusta.
Penularan penyakit berjangkit itu telah mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk Dusun Subpan kerana ramai nyawa terkorban sehingga mencapai angka sepuluh orang dalam sehari menyebabkan populasi penduduk terjejas.
“Keadaan itu tidak dibiarkan berlarutan kerana penduduk setempat membuat keputusan untuk berpindah setelah seorang wanita mendapat mimpi didatangi sepasang suami isteri menyeru penduduk kampung berpindah sebelum diancam kepupusan,” katanya.
Penghijrahan memulakan kehidupan baru tidak akan sama dengan yang lama kerana ketuadilakukan ketua setiap perkampungan Dusun Subpan mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat asal setelah keadaan mulai reda. Namun begitu, penghijrahan suku kaum Dusun Sungai melalui jalan darat dan masuk melalui Sungai Tidog ke Pulau Ulu Segama telah membawa era baharu kehidupan masyarakat Dusun Subpan kerana wujud hubungan baik yang terjalin antara mereka.
Jalinan persaudaraan yang baik membawa kepada perkahwinan campur antara Dusun Sungai dan Dusun Subpan sedikit sebanyak telah memberi pengaruh penggunaan bahasa seharian penduduk kampung menggunakan bahasa Dusun Sungai dari Kuamut daerah Kota Kinabatangan.
Atas kesedaran pihak persatuan, satu usaha untuk mengumpul data-data tentang budaya dan tradisi Dusun Subpan telah
seiring dengan matlamat persatuan kami untuk kekalkan budaya bangsa.
Menurut Baginda, hasil daripada pengumpulan data yang merangkumi semua aspek budaya dan tradisi seperti sejarah hidup, adat perkahwinan, adat kematian Dusun Subpan telah di hantar ke Kota Kinabalu untuk dibukukan dan dijangka akan terbit pada September ini kerana masih dalam proses penyuntingan.
Dusun Subpan mempunyai keunikan budaya melambangkan sifat majmuk sesebuah bangsa. Misalnya, tanah perkuburan lama Dusun Subpan memperlihatkan ciriciri ketamadunan unik seperti yang terdapat di Gua Batu Balos dan Gua Tapadung. Hasil tinggalan seperti keranda yang mempunyai seni tersendiri dengan ukiran corak hidupan seperti ukiran kepala haiwan kerbau dan buaya yang melambangkan status semasa hidup si mati dan corak ukiran lain seperti kepala rusa yang menggambarkan kegiatan utama si lelaki yang suka memburu semasa hayatnya.
Berbeza pula dengan keranda kaum wanita yang bercorak flora seperti dedaunan dan bentuk geometri diukir di atas keranda yang melambangkan sifat kewanitaan. Dalam adat dan pantang larang kematian Dusun Subpan, mayat akan dijaga rapi secara bergilirgilir sebelum dimasukkan ke dalam keranda (lungun) kerana mayat tidak boleh di langkah oleh kucing dan di bawah rumah bertepatan dengan kedudukan keranda (lungun).
“Di bawah rumah bertepatan dengan kedudukan keranda perlu diletakkan batang dan daun limau kapas (usom) bagi mengelakkan kucing hantu (tinggalung) membocorkan keranda dari bawah kerana dipercayai mayat tersebut akan bangun,” katanya.
Dalam adat perkahwinan suku kaum Dusun Subpan, proses permulaan menuju alam perkahwinan seperti merisik, bertunang, berkahwin sama seperti mana-mana adat perkahwinan namun berbeza dari segi cara pemilihan calon pasangan, jenis hantaran dan adat semasa perkahwinan berlangsung. Sehari sebelum majlis perkahwinan yang dipanggil mangadaaadaa akan diadakan iaitu rumah pihak lelaki akan memukul gong dan pihak pengantin perempuan juga kena memukul gong sejurus selepas pihak lelaki rumah pengantin lelaki memukul gong bagi mengelakkan cuaca yang tidak diingini berlaku.
Terdapat adat dan pantang larang semasa majlis persandingan iaitu pihak lelaki diusung beramai-ramai keluar rumah pergi ke rumah pengantin perempuan kerana pengantin tidak boleh menjejak kaki ke tanah.
Sesampainya di rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki akan di sambut dengan adat istiadat oleh pihak perempuan iaitu pengantin lelaki perlu melalui lansoi (langsir) sebanyak dua kali dengan syarat membayar RM20 setiap lansoi yang akan dilaluinya sebelum bersanding.
Pasangan pengantin akan duduk bersanding di atas tilam perlu mematuhi adat Dusun Subpan dengan hanya memakan nasi dengan santan kelapa tanpa diletakkan sebarang perasa sepanjang majlis berlangsung iaitu selama tiga hari berturut-turut. Pada hari ke tiga perkahwinan, satu lagi majlis akan diadakan iaitu majlis manandoh ataupun dikenali sebagai kumayou tanginang (ziarah pertama) ke rumah pengantin lelaki dan diberikan tebu hijau sebagai simbolik agar jodoh berkekalan, diberikan umur panjang dan dimurahkan rezeki.
“Pihak keluarga lelaki dan perempuan bersama pasangan pengantin tidur
bermalam bersamasama ataupun dipanggil adat tutup kelambu yang masih diamalkan sehingga kini tetapi disesuaikan berlandaskan agama masingmasing yang kini ada juga antara bangsa kami telah memeluk agama Islam,” katanya.
Majlis keramaian untuk meraih kedua mempelai disajikan dengan tarian tradisional iaitu tarian Mangalai bagi meraih kedua mempelai setelah berkahwin. Umumnya, suku-suku etnik yang lain juga mempunyai tarian yang disebut Mangalai ini tetapi tarian Mangalai Dusun Subpan ini terdapat perbezaan dari segi irama muzik, lenggokan badan dan tangan yang biasanya ditarikan berpasangan atau perseorangan iaitu lelaki sahaja.
Terdapat tarian Gabiluk yang juga merupakan salah satu tarian suku kaum Dusun Subpan yang hanya dilakukan untuk menjalankan upacara mengubati pesakit yang dinamakan Gadien yang merupakan cara perubatan tradisional mengikut kepercayaan dan pengamalan suku kaum Dusun Subpan untuk mengubati pesakit.
“Gadien kurang diamalkan pada masa kini kerana mempunyai pantang yang berat iaitu pesakit yang sudah diubati seumur hidupnya tidak boleh memakan seperti ular dan monyet yang bagi bangsa kami boleh dimakan dan jika pantang itu dilanggar pasti akan membawa maut kepada individu tersebut,” katanya.
Menurut Baginda, terdapat kunjungan daripada pihak luar terutamanya pengkaji sejarah ke tanah perkuburan lama Dusun Subpan seperti Gua Tapadung dan Gua Batu Balos untuk menjalankan kajian sebagai rujukan kepada mereka.
Ti
dak kurang juga dengan seni budaya seperti adat perkahwinan dan tarian tradisional yang menarik untuk dirungkai mengundang para pengkaji dan penggiat seni kebudayaan untuk mengumpul maklumat.
Suatu perancangan jangka panjang untuk membangunkan sektor pelancongan dalam mempromosikan Dusun Subpan kepada umum telah dirangka setelah mendengar banyak komen positif dan cadangan membangun daripada pihak lain.
“Kami menyambut baik hasrat dan cadangan daripada pihak lain untuk mengambil peluang menjadikan sektor pelancongan sebagai tarikan baharu kepada pelancong sekaligus mempromosikan Subpan terus dikenali umum,” katanya.
Baginda mengulas bahawa pihaknya telah menghantar satu borang permohonan kepada wakil International Tourism Kota Kinabalu untuk dibawa ke peringkat antarabangsa untuk menjadikan tapak warisan mereka sebagai sebuah tempat pelancongan.
“Walaupun tinggalan itu sejarah aslinya milik Dusun Subpan tetapi prosedur berdasarkan undang-undang perlu diikuti dimana kami perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak yang bertanggungjawab,” katanya.
Usaha ini bertepatan dengan hasrat negara untuk mempesatkan lagi ekonomi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan antarabangsa sekaligus memberi faedah kepada Dusun Subpan itu sendiri. Walaupun bangsa ini menpunyai kekurangan untuk mengekalkan keaslian identiti Subpan dari segi bahasa tetapi mereka terus bangkit kerana kesukuan itu perlu dipulihara bukannya terus dilupakan.
Baginda Sunoi Rumokai, YDP Suku Kaum Dusun Subpan kini juga berkhidmat sebagai setiausaha di Koperasi Setiajaya Stevedoring Dan Pengangkutan Bhd. dan juga Ketua Kampung Opak iaitu salah satu perkampungan yang terletak di Segama Lahad Datu.
“Kami menyambut baik hasrat dan cadangan daripada pihak lain untuk mengambil peluang menjadikan sektor pelancongan sebagai tarikan baharu kepada pelancong sekaligus mempromosikan Subpan terus dikenali umum.” BAGINDA SUNOI RUMOKAI Yang Dipertua Suku Kaum Dusun Subpan