Utusan Borneo (Sabah)

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaa­n pada 21 September

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

GABUNGAN Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPS) dan Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) akan menganjurk­an Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaa­n (SDPK) Ke-31 Peringkat Sabah 2017 pada 21 September bermula 8 pagi di Sudut Penulis, DBPS.

Para peserta dikehendak­i mendeklama­si salah satu puisi yang terdapat dalam antologi puisi ‘Lantera Zaman’ terbitan GAPENA 2014 dan penyertaan terbuka kepada semua deklamator, penggiat sastera serta sesiapa yang berminat dengan syarat umur hendaklah berusia 15 tahun keatas. Johan yang mewakili Sabah bakal bertanding di peringkat kebangsaan pada 6 sehingga 8 Oktober.

Johan Sayembara yang mewakili peringkat kebangsaan menerima wang tunai RM5000, hadiah iringan, sijil penyertaan dan piala pusingan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Manakala naib johan dan tempat ketiga masingmasi­ng menerima hadiah iringan, sijil penyertaan serta hadiah wang tunai RM3000 dan RM2000.

Penganjura­n Sayembara Puisi Kemerdekaa­n kali ini bertujuan untuk meneguhkan perpaduan kaum melalui Pengucapan Puisi, memperkasa­kan semangat patriotism­e di kalangan rakyat Malaysia serta menyerikan sambutan perayaan Bulan Kemerdekaa­n dan Bulan Bahasa Kebangsaan pada setiap tahun.

Sejak 1987 sehingga 2010, SDPK diangkat menjadi acara rasmi Perayaan Bulan Kemerdekaa­n secara meluas bukan sahaja di perigkat negeri, malahan di IPTA, Angkatan Tentera, Polis DiRaja Malaysia, dan IPG mendapat sambutan yang membanggak­an dan melahirkan ribuan deklamator di seluruh tanah air.

Bermula 2010, GAPENA meneruskan legasi dengan menganjurk­an SDPK demi memartabat­kan sastera tanah air.

 ??  ?? PENGARAH DBPS Hajah Asmiah Haji Ajamain (tiga kanan) dan Presiden BAHASA Jasni Matlani (tiga kiri) bersama barisan peneraju Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaa­n peringkat Sabah.
PENGARAH DBPS Hajah Asmiah Haji Ajamain (tiga kanan) dan Presiden BAHASA Jasni Matlani (tiga kiri) bersama barisan peneraju Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaa­n peringkat Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia