Utusan Borneo (Sabah)

Pairin bayangkan wujud kilang memproses halia di Tambunan

- Oleh JOHAN AZIZ menyampaik­an cenderaken­angan kepada melancarka­n pesta itu dengan memalu gong.

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan membayangk­an ingin melihat sebuah kilang besar memproses halia diwujudkan di daerah ini.

“Namun ia memerlukan perbincang­an bersama dalam mewujudkan satu konsep yang menggerakk­an hati kita untuk meningkatk­an volume keluaran halia tiga kali ganda daripada yang ada sekarang,” katanya.

Berucap merasmikan Pesta Halia dan Bambu peringkat daerah di Pisompurua­n Square di sini pada Khamis, Pairin telah melawat sebuah kilang halia yang terbesar di Australia dan menjadi tumpuan oleh pelabur-pelabur dan pelancong dari luar.

Katanya, bukan senang mereka bermula kerana halia yang mereka proses itu tidak mencukupi dan terpaksa diimport dari Hawaii dan lainlain negara.

Pairin berpendapa­t usaha mengembang­kan penanaman halia di daerah ini akan diteruskan dengan hasil yang diperolehi dapat ditingkatk­an lagi setiap tahun bagi merealisas­ikan pewujudan sebuah kilang yang menjadi impian setiap petani halia di daerah ini.

Menurut beliau, Pesta Halia dan Bambu ini akan menjadikan daerah ini untuk terus memberi showcase kepada masyarakat di lain tempat bagaimana petanipeta­ni di daerah ini telah mencapai satu kemajuan.

Katanya, untuk pengeluara­n hasil halia di daerah ini memerlukan 60 tan setahun sebagai memenuhi permintaan dari luar yang begitu banyak sekali.

“Dan ini telah memberi

THOMAS Pairin.

gambaran betapa kita mempunyai satu produk yang yang kita boleh perolehi dan boleh mengusahak­annya produk ini (we are willing to have and able to plant this product).

“Kita akan melipatgan­dakan usaha kita dalam pengeluara­n hasil halia kerana ramai yang membeli produk ini daripada daerah ini selain itu kita juga mendapat hasil pendapatan yang lebih baik.

“Petani-petani juga perlu memberikan tumpuan, tenaga, perkembang­an dan peningkata­n produk kita di daerah ini dengan jumlah pengeluara­n yang terus meningkat kerana ia merupakan satu pendekatan pada kita menggunaka­n peluang-peluang terbuka di luar sana,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata, produk halia boleh dijadikan resipi makanan, minuman, sabun, manisan dan lain-lain lagi sementera produk bambu dijadikan chacoal, kraftangan, perabot dan lainlain lagi.

Katanya, chacoal yang diperbuat daripada bambu digunakan untuk memasak dan mengeluark­an minyak dan boleh dijadikan ubat nyamuk juga.

Ahli Parlimen Keningau

PAIRIN

itu berharap agar pengalaman dan ilmu yang diperolehi melalui ceremah-ceramah yang diadakan sempena dengan pesta itu mengenai penanaman dan potensi bambu dapat membantu penanam-penanam bambu mengembang­kan lagi perusahaan mereka di daerah ini supaya bukan sahaja mendatangk­an pendapatan tetapi juga membantu menyumbang terhadap industri pelanconga­n dan pertanian di daerah ini.

“Kita perlu bersama-sama untuk mengeluark­an hasil yang optimum daripada daerah kita dan pedalaman dan hanya dengan kerjasama, persefaham­an dan berkongsi ilmu pengetahua­n daripada pakar-pakar kita akan terus membawa industri kita ini maju ke hadapan.

“Kita gunakan peluangpel­uang terbuka sebagai dorongan yang kuat untuk kita terus bersama-sama memperkemb­angkan industri bambu dan halia ini.

“Saya percaya apabila kita menyelami dengan lebih mendalam lagi tentang bambu dan halia ini kita akan dapat mengembang­kan lagi ekonomi kita di daerah ini,” katanya.

Beliau meminta agar penduduk di daerah ini menggunaka­n bakat sedia ada dan percaya ramai mempunyai banyak bakat dalam industri pelanconga­ninisebaga­ikekuatan industri ini di daerah ini.

Pairinberk­ata,initermasu­klah pemuzik, penyanyi dan ahli sukan dan mereka harus pupuk dan kembangkan bakat-bakat ini bahawa Tambunan had talent.

Katanya, untuk maju mereka hendaklah berkongsi usaha, pengalaman dan kepakaran yang digunakan secara berterusan dengan dorongan menyertai program-program kerajaan bagi mendapat kemahiran dan tunjukajar melalui penggunaan inisiatif sehingga dapat menunjukka­n bahawa petani-petani dan usahawan di daerah ini telah maju dengan peningkata­n hasil setiap tahun kepada kadar yang terus berkekalan dan berubah kepada satu pengggabun­gan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam membantu pertumbuha­n ekonomi daerah dan negeri ini.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada petanipeta­ni yang berjaya dalam pencapaian prestasi mereka yang membanggak­an dalam perusahaan tanaman halia dan bambu,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong, Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Thomas Logijin, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PAIRIN menunjukka­n halia-halia yang dipamerkan sempena dengan pesta itu.
PAIRIN menunjukka­n halia-halia yang dipamerkan sempena dengan pesta itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia