Utusan Borneo (Sabah)

Dagangan dua hala Malaysia, Kazakhstan diunjur tinggi tahun ini

Didorong hubungan diplomatik yang kukuh antara kedua-dua negara

-

ASTANA: Dagangan dua hala Malaysia dan Kazakhstan dijangkaka­n meningkat tahun ini, melebihi paras AS$50 juta, didorong oleh hubungan diplomatik yang lebih kukuh antara kedua-dua negara.

Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan Syed Mohamad Bakri Syed Abd Rahman berkata bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, dagangan dengan Kazakhstan bernilai AS$28.2 juta berbanding AS$49.22 juta yang direkodkan sepanjang Januari-Disember tahun lepas.

“Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Kazakhstan memang kukuh, dan hubungan antara pemimpin tertinggi kedua-dua negara juga amat akrab.

“Kita mahu terjemahka­n perhubunga­n yang begitu baik itu kepada perhubunga­n perniagaan dan pelaburan yang lebih baik antara Malaysia dan Kazakhstan,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Beliau ditemui di Pavilion Malaysia sempena pameran khusus antarabang­sa – Astana EXPO 2017, yang berlangsun­g selama tiga bulan, yang secara rasminya berakhir pada Sabtu.

Kazakhstan ialah rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan Komanwel Negara- negara Merdeka.

Syed Mohamad Bakri ber- kata trend dagangan dengan Kazakhstan tahun ini sama seperti tahun lepas, yang memihak kepada Malaysia, dengan produk eksport termasuk minyak sawit dan produk pertanian berasaskan sawit, makan diproses, peralatan optikal dan saintifik selain produk besi dan keluli.

Bagi import, beliau men- jangkakan ia melibatkan peralatan mesin, perkakasan dan komponen, pembuatan logam selain produk elektrik dan elektronik.

Pada 2016, jumlah dagan- gan dengan Kazakhstan men- ingkat 36.1 peratus kepada RM203.58 juta (AS$49.22 juta) dengan eksport sebanyak AS$43.78 juta, manakala import bernilai AS$5.44 juta.

Barangan eksport terbesar Malaysia ke Kazakhstan ialah penyediaan berasaskan kopi (pertanian lain) manakala dua import terbesar dari Kazakhstan ialah zink dan komponen televisyen.

Syarikat Malaysia sudah bertapak di Kazakhstan dalam sektor minyak dan gas, pengeluara­n simen dan perkhidmat­an rundingan dalam pendidikan dan latihan.

Pada 2015, jumlah dagangan dua hala bernilai AS$38.81 juta, dengan eksport sebanyak AS$36.06 juta manakala import berjumlah AS$2.75 juta.

Syed Mohamad Bakri bekata Astana EXPO 2017 telah memain peranan besar untuk syarikat Kazakhstan mempelajar­i kepakaran Malaysia, yang dapat membantu meningkatk­an dagangan antara kedua-dua negara pada masa depan.

“Malaysia mempunyai kepakaran dalam bidang tenaga hijau, pendidikan tinggi, perbankan Islam, perlancong­an, minyak dan gas serta industri lain yang boleh dikongsi bersama komuniti perdaganga­n dan pelaburan di Kazakhstan.

“Dari segi potensi pelaburan dan daganganny­a, saya lihat amat besar,” katanya. — Bernama

“Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, dagangan dengan Kazakhstan bernilai AS$28.2 juta berbanding AS$49.22 juta yang direkodkan sepanjang Januari-Disember tahun lepas. Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Kazakhstan memang kukuh, dan hubungan antara pemimpin tertinggi kedua-dua ” negara juga amat akrab. SYED MOHAMAD BAKRI SYED ABD RAHMAN Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia