Utusan Borneo (Sabah)

Vida akan pasarkan beg tangan LV tempahan khusus kepada peminat

-

JAKARTA: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengumumka­n kerjasama beliau dengan jenama terkemuka, Louis Vuitton (LV) untuk menghasilk­an produk beg tangan jenama sendiri, iaitu DSVLV.

Usahawan itu, yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida atau DSV, berkata rekaan mengikut tempahan itu akan tersedia untuk pasaran Asia Tenggara menjelang tahun depan.

Vida memiliki lebih 100 beg tangan LV tempahan khusus yang boleh dilihat menerusi gambar di akaun Instragram beliau.

“Setengah-setengah pihak menuduh saya menunjuknu­njuk kekayaan saya, namun sebenarnya, ia adalah bentuk promosi, iklan awal mengenai apa yang akan ada selepas ini.

“Semua orang tahu saya sangat sayangkan beg tangan saya, tetapi saya tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilk­an produk beg tangan saya sendiri, memandangk­an membuat beg tangan bukan kepakaran saya.

“Jadi, setakat ini, ia akan dilaksanak­an melalui kerjasama dengan LV,” katanya kepada pemberita Malaysia di sini, selepas temu bual dengan V Radio FM di sini.

Vida berkata, beliau meminati beg tangan yang dihasilkan mengikut tempahan dan edisi terhad atas faktor keunikan dan produk itu jarang berada di pasaran, serta mempunyai nilai jualan semula yang tinggi.

“Saya akan membuat rekaan yang cantik, jarang (ada di pasaran) dan unik, khusus untuk peminat saya di Asia Tenggara. Beg itu mesti ada ‘bling’ dan bersilang,” katanya semasa temu bual dalam segmen ‘Bangun Pagi’ di stesen radio itu.

Vida kini berada di Jakarta untuk mempromosi­kan lagi produk kosmetikny­a di pasaran Indonesia, serta melancarka­n buku beliau di Pesta Buku Antarabang­sa Indonesia pada Sabtu.

 ?? — Gambar Bernama ?? VIDA mempromosi­kan buku beliau ‘I Am Me: Rahsia Niaga DS Vida’ di V Radio FM di Jakarta. Beliau juga mengumumka­n bahawa tidak lama lagi akan menghasilk­an produk beg tangan sendiri jenama LV untuk pasaran ke Asia Tenggara.
— Gambar Bernama VIDA mempromosi­kan buku beliau ‘I Am Me: Rahsia Niaga DS Vida’ di V Radio FM di Jakarta. Beliau juga mengumumka­n bahawa tidak lama lagi akan menghasilk­an produk beg tangan sendiri jenama LV untuk pasaran ke Asia Tenggara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia