Taman Bukit Setia juara keseluruhan
Pertandingan Kebersihan 2017 Antara Blok
KOTA KINABALU: Taman Bukit Setia Program Perumahan Rakyat (PPR) Dua Kuala Manggatal dinabotkan sebagai juara keseluruhan Pertandingan Kebersihan 2017 Antara Blok di projekprojek perumahan yang disewakan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB).
Pengurus Besar LPPB Rosnani Asmat berkata, johankeseluruhanmembawa pulang piala pusingan pertandingan berkenaan.
Selain juara keseluruhan katanya, pertandingan ini juga turut menawarkan anugerah khas untuk kategori Lanskap Tercantik yang dimenangi oleh Taman Jaya Diri PPR Satu Kuala Manggatal, diikuti oleh Taman Puri Warisan Kalansanan di tempat kedua dan Taman Bukit Setia di tempat ketiga. Tambahnya, pertandingan yang dijalankan sejak Januari itu turut mempertandingkan beberapa kategori daripada penyertaan empat buah projek perumahan yang terlibat selain Taman Bukit Setia PPR Dua Kuala Manggatal.
“Terdapat empat buah projek perumahan yang terlibat iaitu Taman Jaya Diri PPR Satu, Taman Bukit Setia PPR Dua, Taman Puri Warisan Kalansanan dan Rumah Pangsa Tg. Aru.
“Pertandingan ini juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 LPPB tahun ini yang mana bertujuan untuk menggalakkan dan mewujudkan budaya sentiasa menjaga kebersihan dalam kalangan setiap penyewa di projek-projek perumahan yang disewakan oleh LPPB,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Pertandingan Kebersihan Antara Blok di projek-projek perumahan yang disewakan oleh LPPB, di sini pada Sabtu.
Jelasnya, melalui program pertandingan kebersihan seumpama itu, usaha kerajaan melalui agensi perlaksana seperti LPPB berjaya meningkatkan kesedaran dan seterusnya mendidik pendudukpenduduk yang tinggal di kawasan perumahan yang disewakan agar sentiasa cintakan aspek kebersihan serta persekitaran yang indah mahupun cantik.
Katanya, antara objektif pertandingan berkenaan adalah menyemaikan sifat cintakan kebersihan dalam kalangan para penyewa di kawasan tempat tinggal mereka di projek-projek perumahan yang ditadbir urus oleh LPPB dengan mengadakan pertandingan kebersihan seumpama itu.
“Mengubah cara pemikian penyewa tentang kebersihan di tempat mereka tinggal serta meningkatkan rasa tanggungjawab para penyewa terhadap kebersihan di tempat mereka tinggal seterusnya rasa kerjasama dan semangat kejiranan melalui aktiviti kebersihan yang berterusan.
“Meningkatkan tahap kebersihan di setiap projekprojek perumahan LPPB dengan mengadakan jadual permantauan kebersihan oleh para juri kebersihan secara berterusan.
“Meningkatkan imej LPPB di mata pihak luar melalui peningkatan tahap kebersihan dan keceriaan yang terserlah di setiap projek-projek perumahan yang ditadbir urus oleh LPPB,” katanya.
Sementara itu majlis berkenaan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris.
Turut hadir Setiausaha Tetap, Kementeriaan Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ahli Lembaga Pengarah LPPB Datuk Ginun Yangus.
“Terdapat empat buah projek perumahan yang terlibat iaitu Taman Jaya Diri PPR Satu, Taman Bukit Setia PPR Dua, Taman Puri Warisan Kalansanan dan Rumah Pangsa Tg. Aru. Pertandingan ini juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 LPPB tahun ini yang mana bertujuan untuk menggalakkan dan mewujudkan budaya sentiasa menjaga kebersihan dalam kalangan setiap penyewa di projek-projek perumahan yang ” disewakan oleh LPPB. ROSNANI ASMAT Pengurus Besar LPPB