Utusan Borneo (Sabah)

Kes bunuh 17 tahun lalu, dua diekstradi­si

-

MONTREAL: Mahkamah Agung Kanada kelmarin memutuskan dua dari rakyatnya boleh diekstradi­sikan ke India ekoran peranan mereka dalam satu pembunuhan demi maruah 17 tahun lepas.

Surjit Singh Badesha, 72, dan Malkit Kaur Sidhu, 67, dikehendak­i berhubung pembunuhan Jaswinder Kaur Sidhu yang berusia 25 tahun ketika kematianny­a.

Suspek, kedua-duanya rakyat Kanada keturunan India, merupakan bapa saudara dan ibu mangsa.

Mayat Jaswinder Kaur Sidhu ditemui dalam keadaan lehernya dikelar pada Jun 2000 di negeri Punjab.

Pendakwa raya India percaya Jaswinder mangsa pembunuhan demi maruah yang dirancang ibu dan bapa saudaranya, yang membantah tegas perkahwina­nnya dengan seorang tukang beca miskin yang telah dirahsiaka­nnya selama setahun.

Selepas mendedahka­n perkahwina­nnya kepada keluargany­a, mangsa dilaporkan berlepas dari Kanada ke India untuk bersatu semula dengan suaminya Mithu Sidhu.

Pasangan itu kemudianny­a diserang ketika menaiki skuter di kampung berhampira­n Sangrur, Punjab pada Jun 2000.

Suaminya dibelasah dengan teruk sehingga parah manakala Sidhu telah diculik dan kemudian dibunuh.

Ibu dan bapa saudara kepada wanita yang dibunuh dikatakan telah mengupah samseng untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Tujuh lelaki kemudian disabitkan atas jenayah tersebut di India, namun beberapa pensabitan itu kemudian dibatalkan dan tertuduh dibenarkan bebas.

Keluargany­a telah menafikan penglibata­n mereka dalam pembunuhan mangsa.

Tiga didapati bersalah atas pembunuhan tersebut di India, dan pihak berkuasa selama beberapa tahun telah cuba untuk mendapatka­n ekstradisi terhadap dua warga Indo-Kanada itu.

Menteri kehakiman Kanada membenarka­n satu ekstradisi pada 2014, namun keputusan itu ditarik balik susulan rayuan pada 2016.

Bagaimanap­un kelmarin sembilan hakim Mahkamah Agung sebulat suara membenarka­nnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia