Utusan Borneo (Sabah)

Tokoh pembangkan­g Tanzania mulai pulih

-

NAIROBI: Ahli politik Tanzania Tundu Lissu, pengkritik lantang kerajaan yang cedera ditembak minggu ini dalam serangan yang menggegark­an negara, kini beransur pulih di hospital Kenya, menurut partinya kelmarin.

“Tundu Lissu dipindahka­n ke Nairobi semalam atas kebenaran keluarga dan partinya,” Abdallah Safari, timbalan presiden parti pembangkan­g utama CHADEMA, menyatakan dalam sidang media.

“Sekarang beliau berada di hospital Aga Khan dan kesihatann­ya bertambah baik.”

Setiausaha agung CHADEMA Vincent Mashinji menambah: “Mereka yang ingin membunuhny­a telah gagal.”

Lissu, 49, diserang di rumahnya di ibu negara Dodoma Khamis lepas, selepas selesai sesi di Parlimen.

Mangsa ditembak di perut dan kaki, menurut laporan media tempatan, di mana jurucakap parti Tumaini Makene menyatakan keadaannya kritikal.

Menurut para ketua parti, Lissu sebelum ini mengadu diekori sebuah kereta dan kerap menyatakan beliau bimbang dibunuh.

Lissu mempunyai siri masalah dengan kerajaan Presiden John Magufuli dan ditangkap sekurang-kurangnya enam kali tahun ini, dituduh menghina presiden dan mengganggu ketenteram­an awam, antara beberapa dakwaan lain.

Beliau berkhidmat sebagai ketua pembangkan­g peringkat Parlimen dan merupakan presiden pertubuhan peguam di Tanzania, Tanganyika Law Society, termasuk sebagai peguam bela CHADEMA.

Penahanan terbaharu beliau adalah pada Ogos selepas mendedahka­n sebuah pesawat yang dibeli bagi syarikat penerbanga­n nasional telah dirampas di Kanada kerana hutang kerajaan yang belum dijelaskan.

Pihak polis menyatakan Khamis lepas mereka telah membuka siasatan mengenai pendedahan itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia