Utusan Borneo (Sabah)

Keriangan berakhir tragedi

Dua lemas ketika lima sekawan memancing di Sungai Seduan

-

SIBU: Keriangan lima sekawan memancing di Sungai Seduan di sini berakhir tragedi apabila dua daripadany­a mati lemas selepas dihanyut arus deras dalam kejadian lewat petang Khamis.

Mayat dua mangsa dikenali sebagai Pau Chiong Huat, 19, dan James Tiong Kiong Hoe, 12, itu berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masingmasi­ng pada jam 10.33 pagi dan 11.42 pagi Jumaat.

Sebelum kejadian, kumpulan pelajar ini dipercayai memancing di sungai berdekatan Lorong 1F/3 Taman Perumahan Permai Jaya Sibu sebelum kedua-dua mangsa turun ke sungai bermain air tanpa menyedari paras air menaik.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah berkata, kes itu disiasat sebagai mati mengejut dan kedua-dua mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

Katanya, keduaduany­a dipercayai tidak pandai berenang dan gagal menyelamat diri sebelum

“Chiong Huat sempat menolaknya ke tebingan sungai sebelum cuba menyelamat­kan abangnya tetapi usahanya gagal apabila kedua-duanya dihanyut arus. Saya ternampak tangan James terkapaika­pai ketika dihanyut arus sungai. Pau cuba menyelamat­nya tetapi mereka terus saya.” hilang daripada pandangan RAYMOND TIONG ING HOE, 12, Adik kembar mangsa

dihanyut arus deras.

Sementara itu, adik kembar mangsa, Raymond Tiong Ing Hoe, 12, bercerita, ketika kejadian paras air mencecah bahunya dan mereka bermain di kawasan tebing sungai.

“Saya bersama James (abang kembar) sedang bermain air di tebing sungai dan arus deras mula menarik kami ke tengah sungai, “jelasnya.

Katanya, Chiong Huat sempat menolaknya ke tebingan sungai sebelum cuba menyelamat­kan abangnya tetapi usahanya gagal apabila kedua-duanya dihanyut arus.

“Saya ternampak tangan James terkapai-kapai ketika dihanyut arus sungai. Pau cuba menyelamat­nya tetapi mereka terus hilang daripada pandangan saya,” katannya.

Sehingga jam 11 malam Khamis, kedua-dua mangsa gagal dijumpai dan SAR terpaksa ditangguh sehingga dijumpai pagi Jumaat.

Menurut pasukan SAR, sungai itu selebar 30 meter dengan kedalaman dua hingga lima meter dari tebing mengikut pasang surut.

Penemuan kedua-dua mayat itu menamatkan SAR yang diaktif 7.15 malam kelmarin dan disertai 13 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, lima anggota polis, empat polis marin dan enam anggota APM Sibu.

 ??  ?? MAYAT kedua iaitu James ditemui sekitar 11.42 pagi pada Jumaat.
MAYAT kedua iaitu James ditemui sekitar 11.42 pagi pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia