Utusan Borneo (Sabah)

Keunikan Sarawak harus dikongsi

-

KUCHING: Contoh unik bagi keamanan, kesamarata­an dan sikap saling menghormat­i pelbagai kaum Sarawak harus dikongsi bersama negara lain di dunia.

Presiden Junior Chamber Internatio­nal (JCI) 2017 Dawn Hetzel berkata, Sarawak menghimpun­kan pelbagai etnik yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama yang tinggal di sisi satu sama lain.

“Saya mahu menggalak rakyat di negeri ini untuk meneruskan­nya, idea hormatmeng­hormati untuk percaya satu sama lain.

“Selain itu, terus menyokong antara satu sama lain dan saya menggalakk­an anda untuk berkongsi mesej ini dengan negara lain di dunia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepasmen­gadakankun­jungan hormat ke atas Ketua Menteri DatuK Amar Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Delegasi berkenaan yang diketuai Presiden JCI Dunia juga bekas Presiden Nigeria, Paschal Dike turut menyampaik­an sijil Perisytiha­ran Keamanan kepada Abang Johari.

Dawn berkata, kunjungan itu juga bagi menyampaik­an penghargaa­n kepada Ketua Menteri atas sokongan kepada mereka sehingga membolehka­n Sidang Kemuncak mengenai Keamanan diadakan di Kuching.

“Kami juga menyerahka­n Perisytiha­ran Keamanan kepada beliau bahawa semua wakil delegasi di sini menyatakan mereka komited kepada tindakan keamanan dan idea keamanan, selain mahu menjadi penggiat dalam masyarakat di sini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, JCI amat berkesan dalam usaha memupuk keamanan di dunia.

“Kami menyediaka­n platform kepada golongan muda untuk bersuara dan bergerak aktif dalam masyarakat untuk menyertai individu lain yang mempunyai fikiran sama.

“Ini agar tindakan yang mereka ambil dalam masyarakat tempatan bukan sekadar tindakan tempatan tetapi ada kaitan dengan rangkaian global kami,” katanya.

Dawn berkata, JCI mewujudkan pergerakan global bagi tindakan dan advokasi dalam usaha menggalak idea keamanan.

Sementara itu, JCI bersama kerajaan negeri telah menganjurk­an Sidang Kemuncak mengenai Keamanan 2017 dari 6 hingga 8 September bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Dihadiri para peserta dari 100 negara termasuk Malaysia, ia memfokuska­n kepada usahausaha perdamaian di seluruh dunia dan menetapkan peserta mengeluark­an resolusi bagi meneruskan usaha keamanan dunia.

 ??  ?? ABANG Johari menerima replika sijil Perisytiha­ran Keamanan daripada Dawn (empat kanan) dan Paschal (lima kiri) serta ahli delegasi lain semasa kunjungan di Wisma Bapa Malaysia.
ABANG Johari menerima replika sijil Perisytiha­ran Keamanan daripada Dawn (empat kanan) dan Paschal (lima kiri) serta ahli delegasi lain semasa kunjungan di Wisma Bapa Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia