Utusan Borneo (Sabah)

Gaduh: Koperal antara tiga ditahan

-

IMBANG: Seorang anggota polis antara tiga individu ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan berkumpula­n tular dalam media sosial yang berlaku di Dataran Jubli Emas malam Sabtu lepas.

Suspek berpangkat koperal, 36, sudah berkahwin ditahan jam 3.20 petang di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Patiambun Limbang Selasa lepas, manakala dua lagi suspek berusia 25 dan 19 tahun dari kampung sama telah diberkas jam 10. 55 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, ketiga-tiga suspek masih ditahan bagi membantu siasatan kes yangt mendatangk­an kecederaan bahagian kepala seorang mangsa lelaki berusia 38.

“Tiada rampasan dilaku daripada kesemua suspek,” katanya kepada media semalam dan menambah, koperal berkenaan yang mempunyai beberapa rekod kes lampau masih dalam perbicaraa­n mahkamah telah direman sejak Rabu lepas.

“Manakala dua lagi suspek akandirema­nhariini(semalam) untuk membantu siasatan dan kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sabtu lepas orang awam sempat merakam gambar dan video membabitka­n pergaduhan berkumpula­n membawa senjata tajam di Dataran Jubli Emas jam 11.50 malam.

Pergaduhan itu menyebabka­n mangsa berusia 38 tahun mengalami kecederaan bahagian kepala dan kemudianny­a dihantar ke Hospital Limbang.

Difahamkan pergaduhan berlaku bermula di depan Bangunan Tamu Limbang dan berlarutan hingga ke Dataran Jubli Emas sebelum mangsa ditemui cedera.

 ??  ?? SUSPEK yang juga anggota polis (dua kiri) bersama dua lagi suspek dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan sambung reman.
SUSPEK yang juga anggota polis (dua kiri) bersama dua lagi suspek dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan sambung reman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia