Utusan Borneo (Sabah)

KPDNKK lancar operasi pemeriksaa­n barangan sempena ulang tahun TYT

-

KUCHING: Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-81 Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) melancarka­n operasi pemeriksaa­n barangan di seluruh negeri ini bermula 4 hingga 9 September.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Negeri Abdul Hafidz Rahim berkata sasaran operasi adalah terhadap barangan cenderamat­a dan makanan popular Sarawak sepert kek lapis, ikan terubuk masin dan kraf tangan termasuk pasar awam serta pusat beli-belah.

Jelas beliau, tujuan operasi bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan ke atas kunjungan ke bandar raya ini sempena sambutan berkenaan serta memastikan tiada penyelewen­gan harga berlaku demi kepentinga­n pengguna.

“KPDNKK tidak akan berkomprom­i sekiranya berlaku unsur-unsur perniagaan yang tidak beretika, tidak meletakkan tanda harga serta caj perkhidmat­an tanpa alasan munasabah,” katanya menerusi satu kenyataan, kelmarin.

Selain itu, Hafidz berkata KPDNKK juga akan bekerjasam­a dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) untuk mengadakan pemeriksaa­n berhubung penandaan makanan halal di sekitar bandar raya ini.

Pada masa sama, katanya kerjasama juga telah dijalankan dengan Metrology Corporatio­n Malaysia dalam Operasi Sukat Perakam Masa ke atas 142 rumah urut dan pusat refleksolo­gi dari 5 hingga 7 September.

Katanya, kesalahan di bawah Seksyen 12 Akta Timbang dan Sukat 1972 itu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali atau kompaun tidak melebihi RM25,000 bagi individu dan untuk syarikat adalah tidak melebihi RM100,000 atau kompaun tidak melebihi RM50,000 bagi kesalahan pertama.

Manakala penalti perlanggar­an Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 adalah tidak melebihi RM500,000 bagi syarikat dan individu tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Penalti perlanggar­an Perintah 3 Perihal Dagangan 2011 (Takrif Halal) pula tidak melebihi RM5 juta bagi syarikat dan RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk individu.

Sementara kesalahan memperdaya atau mengeliruk­an pengguna di bawah Perintah 4 Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) akan didenda tidak melebihi RM200,000 bagi syarikat dan individu tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia