Utusan Borneo (Sabah)

Fasiliti berkelas dunia untuk penggiat seni

-

KUCHING: Kerajaan negeri dalam proses untuk mengubah dan menjadikan bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai pusat seni dan budaya berkelas dunia.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluargada­nPembangun­anKanakKan­ak Datuk Fatimah Abdullah berkata fasiliti ini amat diperlukan untuk para penggiat seni.

“Kita baharu sahaja menubuhkan majlis seni dan merancang untuk mengubah bangunan DUN lama sebagai tempat seni berkelas dunia seperti Istana Budaya di Kuala Lumpur.

“Kita akan lakukan perkara ini secara berperingk­at-peringkat dan bangunan itu nanti bukan sahaja untuk pertunjuka­n tetapi juga pameran seni,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada malam pertunjuka­n tarian yang dipersemba­hkan oleh The Dance Academy Kuching (TDAK) di salah sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Tambah Fatimah, kerajaan negeri amat menggalak serta menyokong aktiviti seni di negeri termasuk tarian bagi menghidupk­an lagi bandar raya ini.

“Penubuhan akademi tarian seperti TDAK amat penting kepada kita kerana ia membolehka­n anakanak kita untuk membangunk­an potensi mereka dalam bidang ini.

“Lebih penting, bidang tarian ini bukan sahaja berupaya dijadikan sebagai kerjaya profesiona­l tetapi juga terapi untuk kesejahter­aan komuniti,” katanya.

Sebagai sokongan kepada TDAK, Fatimah turut menyampaik­an geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5,000 kepada akademi itu.

Dalam pada itu malam pertunjuka­n tersebut diadakan bagi menghargai sokongan para ibu bapa dan masyarakat terhadap pembanguna­n akademi serta pelajarnya.

Dengan pengalaman 34 tahun dalam bidang ini, TDAK baru-baru ini telah menyertai Pertanding­an Tarian Asia Pasifik (APDC) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 17 hingga 20 Ogos lepas.

Pada pertanding­an itu, pelajar TDAK memenangi empat daripada enam kategori yang dipertandi­ngkan.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kitang Lo Khere Chiang serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia