Utusan Borneo (Sabah)

Skuad boccia nekad mahu kilauan emas di laman sendiri

-

KUALA LUMPUR: Skuad boccia negara nekad mahu menamatkan kemarau pingat emas Sukan Para ASEAN pada penganjura­n kesembilan temasya itu di Kuala Lumpur pada 17 hingga 23 Sept ini.

Jurulatihn­ya, Mohd Isa Mohd Noor pada sidang media program Kita Juara Para ASEAN berkata sejak sukan itu dipertandi­ngkan kali pertama di Korat, Thailand pada 2008, kilauan pingat emas masih belum menjadi milik kem boccia negara.

“Kita hanya selangkah di belakang Thailand yang merupakan juara dunia namun saya yakin dengan latihan intensif yang atlet lalui, mereka mampu raih pingat emas ataupun sekurang-kurangnya berada di podium.

“Secara dasarnya, memang saya tidak letak sasaran pingat emas tapi kami memang mahu sekurangku­rangnya berada di podium Sukan Para ASEAN kali ini,” katanya yang mahu mengatasi rekod di Singapura iaitu dua pingat perak dan satu gangsa, dua tahun lepas.

Katanya, keyakinann­ya meningkat apabila pasukan Thailand dijangka menghantar atlet muda mereka untuk beraksi kali ini dan mengakui selain Thailand, pasukan Singapura juga merupakan pesaing terdekat atlet negara.

Menurut Mohd Isa, tidak mustahil untuk anak didiknya mencipta sejarah di laman sendiri.

Sementara itu, pengurus pasukan Tunku Maziah Tunku Mukhtar berkata kesemua 11 atlet yang akan beraksi dalam tujuh acara yang dipertandi­ngkan sudah berada dalam persiapan rapi.

Tujuh acara itu ialah acara individu BC1, individu BC2, berpasukan BC1/BC2, individu BC3, berpasanga­n BC3, individu BC4 dan berpasangq­n BC4.

Atlet boccia BC2 (Celebral Palsy) negara, Lee Chee Hoong berkata mereka menjalani latihan dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bagi persediaan Sukan Para ASEAN kali ini.

“Mungkin saya boleh cipta sejarah kali ini. Kita sudah ada strategi untuk menundukka­n Thailand dan jika ia berhasil memang pingat emas dalam tangan,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia