Utusan Borneo (Sabah)

United sedia ubah taktik permainan untuk juarai liga

-

LONDON: Jose Mourinho berkata sejarah kebelakang­an ini membuktika­n ia memerlukan pemikiran defensif untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi dia menda- kwa pasukannya di Manchester United (MU) dapat menongkah trend itu. Dalam salah satu kritikanny­a yang tidak begitu tersirat dan sekarang semakin kerap mengenai kelab lamanya Chelsea, Mourinho berkata penggantin­ya Antonio Conte menggunaka­n stail ‘bertahan dahulu, serang balas kemudian’ untuk memenangi kejuaraan pada musim lepas.

Walaupun pengurus MU itu berkata pasukannya berupaya untuk mengikuti contoh itu, dia juga mahu memastikan mereka bermain dengan cara yang positif.

“Kami cuba bermain sebaik mungkin,” kata Mourinho kelmarin. “Kami tahu jika kita lihat dengan cara yang pragmatik, kita lihat juara terakhir EPL, mereka tidak bermain bola sepak serangan.

“Mereka bermain bola sepak defensif dan bola sepak serangan balas. Jadi, menurut hasilnya, itulah cara untuk memenangi EPL.

“Kami cuba bermain menurut kualiti pemain kami. Kami cuba bermain secara positif, kami cuba bermain dengan baik, tetapi kami cuba menang.”

MU, yang terkenal kerana stail mereka yang ranggi di bawah bekas pengurus Alex Ferguson, telah melakukan permulaan yang kuat kepada musim EPL, memenangi tiga perlawanan pembukaan mereka dan menjaringk­an 10 gol dalam proses tersebut untuk menduduki tempat teratas liga.

Namun bercakap di padang latihan MU di Carrington sehari sebelum lawatan yang berpotensi sukar ke Stoke City, Mourinho menegaskan pasukannya tidak takut dengan pertarunga­n defensif yang lasak.

“Jika suatu hari nanti, untuk menang kami perlu bermain bola sepak defensif, kami perlu melakukann­ya,” kata Mourinho.

“Jika kami pergi ke Stoke dan Stoke meletakkan kami di bawah tekanan dan mereka dominan dalam beberapa ketika, kami perlu rendah hati dan kami perlu pragmatik dan kami perlu berdepan dengan realiti itu.

“Jika anda tanya saya, adakah kami akan pergi ke sana dan bermain dengan tujuh orang di belakang, seperti apa yang dibuat oleh beberapa pasukan, lima campur dua? Tidak, kami tidak akan berbuat demikian. Kami akan cuba bermain dengan baik dan menjaringk­an gol.

“Namun jika lawan kami lebih baik daripada kami dan dominan, kami cukup rendah hati untuk mengubah cara kami bermain bagi mendapatka­n kemenangan.”

Mourinho memuji pengurusan kelab kerana meninggalk­an skuad yang stabil kepadanya, berbanding beberapa pencabar MU yang menghadapi masalah dengan gangguan yang ditimbulka­n oleh bintang ternama yang sampai ke penghujung kontrak mereka.

MU telah menggunaka­n dasar menambah satu tahun pilihan tambahan pada hujung setiap kontrak, yang bermakna pemain-pemain sekarang dengan baki masa kurang 12 bulan dalam kontrak mereka adalah dua pemain veteran, Zlatan Ibrahimovi­c dan Michael Carrick.

Mourinho turut memuji cara pengurus Everton Ronald Koeman menangani kontrovers­i yang membabitka­n bekas kapten kelab MU Wayne Rooney selepas Rooney ditangkap dan didakwa atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

“Saya amat gembira kerana Ronald Koeman berfikir dengan cara yang mudah ini seperti apa yang saya buat dan sudah menyatakan dia akan bermain esok,” kata Mourinho. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia