Club Bongawan C muncul juara badminton
Anifah rasmi Kejohanan Badminton Berkumpulan Tertutup Pemuda Umno P.176 Kimanis 2017
MEMBAKUT: Pasukan Club Bongawan C menjuarai Kejohanan Badminton Berpasangan Pemuda Umno P.176 Kimanis 2017 selepas mengalahkan pasukan Club Simpudu Kabang Kimanis dalam saingan akhir yang berlangsung di Dewan Serbaguna daerah Membakut baru-baru ini.
Kejohanan anjuran Pergerakan Pemuda Umno P176 Kimanis disertai sebanyak 10 pasukan telah dirasmikan oleh Menteri Luar Malaysia yang juga Ketua Bahagian Umno P176 Kimanis merangkap Menteri Luar Malaysia Datuk Sri Panglima Anifah Aman.
Selaku juara Club Bongawan C meraih hadiah wang tunai RM500, baju’t dan medal, manakala Club Simpudu Kabang tetap berpuashati dengan hadiah wang tunai RM300 berserta medal.
Tempat ketiga dan keempat masing-masing meraih hadiah wang tunai RM150.
Pengerusi penganjur Mohd Nizam Hj Yunus berkata, kejohanan sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2017 antara lain mempunyai objektif untuk mengeratkan dan memupuk persahabatan dalam kalangan belia di kawasan Kimanis, Bongawan dan Membakut khasnya.
“Selain ingin mempertingkatkan mutu kesukanan badminton dalam kalangan pencinta pencinta sukan tanah air di kawasan ini,” katanya.
Turut menyaksikan saingan akhir itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Adun N24 Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Haji Mohd. Arif dan Pegawai Khas Menteri Luar Datuk Jehek.
Hadir sama Ketua dan Naib Ketua Pemuda Ahmad Firdaus DSP Anifah dan Roslan Sah Ali, Pegawai Perhubungan Parlimen Jaafar Ahmad, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kimanis Pg Hamzah Pg Ag Simpol, jawatan kuasa penganjur dan para belia Pemuda sekitarnya.