Utusan Borneo (Sabah)

Dua maut, seorang parah dalam kemalangan

- Oleh YAP SIONG HAN

RANAU: Dua meninggal dunia dan seorang cedera parah dalam kejadian kemalangan yang berlaku di Kilometer 167.9 Jalan Kota Kinabalu-Sandakan, malam Sabtu.

Kedua-dua mangsa yang meninggal ialah Mohd Norizam Ramlee dan Mohd Nazry Hamdin manakala, mangsa yang cedera parah ialah Fitriyani Abbas. Dua mangsa lain tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superinten­dan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan maut itu melibatkan tiga kenderaan iaitu Proton Saga, Nissan Navara dan Ford Ranger.

“Impak pelanggara­n adalah di laluan kereta Ford Ranger dan Nissan Navara di mana, apabila sampai di laluan menuruni bukit, kereta Proton Saga yang dipandu oleh mangsa yang meninggal dipercayai hilang kawalan lalu termasuk ke jalan kanan dan terlanggar kereta Ford Ranger di bahagian tayar belakang sebelah kanan.

“Impak perlanggar­an itu menyebabka­n mangsa terlanggar lagi kenderaan Nissan Navara di bahagian depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa yang memandu Proton Saga sedang dalam perjalanan dari Lahad Datu menuju ke Kundasang manakala Ford Ranger dan Nissan Navara daripada arah Kundasang menuju ke Sandakan.

“Kedua-dua mangsa tersepit dalam kenderaan Proton Saga dan berjaya dikeluarka­n dengan bantuan anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat, bagaimanap­un mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia