Utusan Borneo (Sabah)

KPM TERUSKAN UPSR

Terbukti sistem itu masih relevan dalam penilaian murid

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan pelaksanaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memandangk­an sistem itu masih relevan bagi penilaian murid sekolah rendah di seluruh negara ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, meskipun kementeria­nnya bercadang untuk memansuhka­n UPSR, namun ia memerlukan kajian menyeluruh daripada pelbagai pihak.

“Bukan mudah untuk kita membuat sesuatu perubahan luar biasa (pemansuhan UPSR) ini kerana usaha ini mengambil masa.

“Kita juga memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa, profesiona­l, kesatuan, ahli akademik dan khalayak untuk duduk bincang bersama.

“Jadi, UPSR tetap diteruskan sehinggala­h kita selesai melakukan kajian lengkap bagi melaksanak­an sistem penilaian baharu," katanya ketika ditemui semasa lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sri Gaya sempena hari pertama UPSR, di sini pada Isnin.

Seramai 44,000 murid menduduki UPSR di negeri ini yang melibatkan jumlah keseluruha­n calon seramai 443,794 di seluruh negara.

Daripada jumlah keseluruha­n itu, seramai 433,536 murid adalah calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, manakala selebihnya adalah calon sekolah swasta.

Justeru, beliau menyeru semua sekolah rendah di seluruh negeri supaya dapat menguruska­n peperiksaa­n berkenaan yang berlangsun­g pada 11, 14 dan 18 September dengan baik.

“Kita juga berharap agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku misalnya bencana alam seperti banjir yang mana melibatkan keselamata­n murid agar mereka dapat hadir pada waktu yang ditetapkan,” katanya.

Selain itu, Mahdzir berkata pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS) sejak dilaksanak­an tahun lepas juga terus dipraktikk­an secara menyeluruh yang bukan hanya menjurus kepada akademik semata-mata.

Katanya, format PBS merangkumi pelbagai aspek termasukla­h kokurikulu­m, sahsiah diri, sukan dan sebagainya.

“Melalui PBS, guru memberi markah dengan melihat pencapaian murid secara holistik tanpa mengabaika­n aspek lain," katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tan Sri Khair Mohamad Yusof, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul dan Guru Besar SK Sri Gaya Alhazmi Abdullah.

 ?? MAHDZIR sedang meninjau suasana peperiksaa­n UPSR yang dijalankan di SK Sri Gaya, pada Isnin. ??
MAHDZIR sedang meninjau suasana peperiksaa­n UPSR yang dijalankan di SK Sri Gaya, pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia