Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Kedah mangkat

-

ALOR SETAR: Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah mangkat pada 2.30 petang tadi di Istana Anak Bukit di sini.

Almarhum baginda, yang memerintah Kedah selama 59 tahun, berusia 89 tahun.

Kemangkata­n Almarhum Sultan Abdul Halim diumumkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada sidang berita khas di Wisma Darul Aman di sini, Isnin.

Mesyuarat Jawatankua­sa Tetap Istiadat Kemangkata­n dan Pemakaman DiRaja pada Isnin memutuskan bahawa jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim disemayamk­an di Dewan Penghadapa­n, Istana Anak Bukit untuk memberi peluang kepada rakyat memberi penghormat­an terakhir dari 11 pagi hingga 12.30 tengah hari ini.

Ahmad Bashah berkata penghormat­an untuk orang kenamaan pula bermula dari 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merafak sembah takziah serta menzahirka­n rasa sedih dan dukacita atas kemangkata­n Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia