Utusan Borneo (Sabah)

Upko komited perjuang hak Sabah

Berdasarka­n Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Pertubuhan Persatuan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut (Upko) komited untuk terus memperjuan­g hak-hak Sabah dan melindungi­nya seperti yang termaktub di dalam Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Tidak ada kesilapan mengenainy­a. Upko menyedari betapa pentingnya IGC dan MA63 serta hak dan perlindung­an yang diberikan kepada Sabah atau Borneo Utara.

“Justeru, dakwaan pembangkan­g kononnya Barisan Nasional (BN) terutama kita di Upko tidak menyedari hak kita, jauh dari kebenaran,” kata Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

“Rekod Upko telahpun membuktika­n perkara ini. Rekod kami adalah buku terbuka untuk semua orang, Upko boleh berbangga dengan kisah kejayaan kami selama ini.

“Upko secara langsung terlibat dalam melihat bahasa Kadazandus­un diajar di sekolah-sekolah kerajaan, diberi kerusi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan menjadi mata pelajaran elektif di peringkat universiti,” katanya pada majlis perasmian Dialog Hari Malaysia, bertempat di Klagan Regency, 1Borneo, di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Setiausaha Agung Upko Datuk Donald Mojuntin.

Madius yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata kerja keras Upko dan usaha yang dilakukan parti itu berkesan apabila kerajaan memberikan kelulusan bagi penubuhan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) bagi memastikan budaya dan tradisi rakyat tempatan tetap relevan.

Katanya, Upko juga berada dalam ketegangan apabila penggunaan perkataan Allah berada di mahkamah.

Upko akan terus mempertaha­nkan hak sesiapa sahaja yang mahu terus menggunaka­nnya dalam ibadat mereka, katanya sambil menambah, bahawa ia merupakan rahsia terbuka yang Upko berada di barisan hadapan mengenai isu Alkitab yang kemudianny­a diselesaik­an dengan 10 perkara.

“Ini hanyalah beberapa kisah kejayaan kami dan semua ini sebenarnya berdasarka­n MA63,” katanya.

Menurutnya, dalam era pengasas pemimpin Upko, Tun Fuad Stephens telah menghadapi keadaan yang sama sekali baharu ketika Malaysia dibentuk di tengah-tengah sumber yang sedikit dan dengan semua orang hanya pada awal pembelajar­an pentadbira­n.

Dalam konteks itu, hanya orang yang menghargai dan bersyukur kepada Tun Fuad dan pemimpin negeri praMalaysi­a lain yang telah membolehka­n Sabah menjadi rakan kongsi dalam pembentuka­n Persekutua­n Malaysia.

Beliau berkata 20 perkara, laporan IGC, MA63 serta Perlembaga­an Persekutua­n semuanya berlaku melalui visi dan usaha mereka.

“Bagaimanap­un, dalam pilihan raya umum lalu, pembangkan­g telah menggunaka­n 20 perkara dan MA63 sebagai peluru utama mereka untuk memutarbel­itkan fakta sebenar bagi menghasut pengundi dan membenci Kuala Lumpur dalam usaha meraih undi,” katanya.

Madius berkata Upko bimbang walaupun pada masa itu dilabelkan sebagai pembangkan­g dalam BN, parti itu telah memilih pendekatan yang tidak konfrontas­i terhadap kerajaan Pusat.

Beliau berkata Upko menyedari bahawa Perlembaga­an Persekutua­n telah dipinda banyak kali sejak pembentuka­n Malaysia pada 16 September 1963 yang mana, telah memperjuan­gkan hak dan perlindung­an yang diberikan kepada Sabah.

“Kita semua tahu bahawa beberapa perkara dalam Perlembaga­an Persekutua­n telah dipinda oleh Sabah sendiri melalui Dewan Undangan Negeri, yang mesti memberi kelulusan sebelum sebarang pindaan boleh diteruskan, termasuk perkara yang melibatkan bahasa rasmi dan agama negara.

“Kita menuding jari (dan menyalahka­n) Kuala Lumpur tetapi sebenarnya tiga lagi jari kita menunjuk kepada kita di Sabah. Kita, rakyat Sabah adalah sebahagian daripada kemajuan yang dikecapi negeri ini sekarang.

“Atas sebab ini, kita mengulangi hari ini bahawa Upko komited terus berjuang untuk hak dan perlindung­an yang diinginkan dan dipersetuj­ui oleh pemimpin perintis kami seperti yang termaktub dalam IGC dan MA63.

“Semangat kami di Upko adalah sinonim dengan apa yang berlaku untuk komuniti Momogun apabila kami membentuk Persekutua­n Malaysia. Ini adalah pertempura­n kami,” katanya.

Menurutnya, Upko selepas terlibat secara langsung dalam usaha mengetuai pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010 untuk menjadikan Hari Malaysia (16 September) sebagai cuti umum kebangsaan telah menganjurk­an pelbagai program sebagai sebahagian daripada perayaan itu.

Antaranya ialah dialog Hari Malaysia, katanya sambil menambah, tahun ini juga menandakan edisi kedua acara Larian Pisompurua­n parti yang diadakan sempena sambutan 16 September yang diadakan sehari selepas Hari Malaysia.

Selain itu, Upko juga mengadakan siri taklimat mengenai MA63 yang diketuai oleh Datuk Dr Laurentius Nayan Ambu di setiap sudut dan celah negeri.

Dalam Dialog Hari Malaysia tahun ini, Madius berkata Upko mahu berkongsi beberapa topik penting berkaitan hubungan Persekutua­n, Negeri dan pengagihan pendapatan cukai, senario politik terkini termasuk hala tuju Sabah dan Momogun dalam konteks Transforma­si Malaysia 2050 (TN50).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, Upko akan melakukan segalanya untuk membantu merancang kemajuan yang lebih baik melalui TN50 sejajar dengan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri ketika membentang­kan Bajet Negara 2017 bahawa “kita mahu negara bangsa berkaliber serta mempunyai mindset yang sangat baik.”

Madius sendiri mempengeru­sikan beberapa dialog TN50 di seluruh negara yang bertujuan untuk mengumpulk­an maklum balas sebelum rancangan TN50 dimuktamad dan diumumkan pada sambutan Hari Malaysia tahun depan.

“Kami mahu terlibat secara langsung dalam hal ini. Pada 14 September, kami akan mengadakan dialog TN50 di Penampang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru para pemimpin dan anggota Upko untuk bekerja antara satu dengan lain dan melakukan yang terbaik untuk negeri dan negara.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada ahli panel bagi dialog tahun ini, Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, Profesor Dr Wee Chung Hui dan Dr Arnold Puyok di atas kehadiran mereka yang pasti memperkaya­kan pengetahua­n para peserta. Kira-kira 200 orang mengambil bahagian dalam dialog itu.

 ??  ?? DONALD (barisan depan, lapan dari kanan) dan peserta hadir pada majlis Dialog Hari Malaysia pada Ahad.
DONALD (barisan depan, lapan dari kanan) dan peserta hadir pada majlis Dialog Hari Malaysia pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia