Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas tinggal sendiri maut akibat rentung

-

KOTA MARUDU: Seorang lelaki warga emas maut selepasrum­ahkediaman­nyadi Kampung Samparita Tengah di sini musnah terbakar.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam Ahad itu, mayat mangsa yang dikenali sebagai Yaad @ Abd.Shaad Enggok, 69, ditemukan rentung.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superinten­dan Mohd Izaan Abdullah berkata, semasa kejadian, mangsa yang tinggal seorang diri dipercayai sedang tidur.

Menurutnya, adik mangsa Gutikah Enggok, 54, ketika diberitahu penduduk mengenai kejadian itu bergegas ke tempat kejadian namun tidak sempat menyelamat­kan abangnya.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati rumah mangsa berukuran 20x30 kaki persegi musnah terbakar.

“Mangsa dipercayai tidak sempat melarikan diri memandangk­an api merebak terlalu cepat kira-kira lima hingga 10 minit,” katanya mengesahka­n kejadian di sini pada Isnin.

Beliau berkata, setakat jam 9 pagi Isnin, mayat mangsa ditempatka­n di bilik mayat hospital untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap bomba mengesahka­n pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.37 malam dan tiba di lokasi pada jam 10.49 malam.

Jarak ke tempat kejadian sekitar 35 kilometer dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 11 malam.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

-Oleh SITI AISYAH NARUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia