Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara 15 tahun dan 10 sebat

Memiliki dadah seberat 664.9 gram

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara 15 tahun dan sepuluh sebat, oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, atas kesalahan memiliki dadah seberat 664.9 gram.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshadmenj­atuhkanhuk­uman itu terhadap Andy Lim Shau Seng, 32, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun menyatakan, pertuduhan terhadap tertuduh dikurangka­n kepada Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara minimum lima tahun atau seumur hidup dan tidak kurang daripada sepuluh sebatan.

Andy memiliki dadah jenis Methamphet­amine berkenaan pada 29 Ogos tahun lalu jam 4.30 petang, di hadapan kedai Fook Yuen, Jalan Gaya, di sini.

Sebelum ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dikenakan hukuman gantung mandatori, atas pertuduhan mengedar dadah.

Ketika rayuan, peguam Kitson Fong berkata tertuduh seorang pesalah pertama dan pengakuan salahnya menjimatka­n masa dan kos mahkamah.

Beliau juga memohon agar anak guamnya diberikan peluang untuk menjadi seorang warganegar­a yang baik.

Gan membidas, dadah menjadi masalah utama negara dan meminta kepentinga­n awam dipertimba­ngkan sebelum hukuman dijatuhkan.

Tambahnya, pengakuan salahtertu­duhtidakse­mestinya melayakkan tertuduh mendapatka­n hukuman ringan kerana jumlah berat dadah berkenaan bukan digunakan untuk diri sendiri.

Andy memiliki dadah jenis Methamphet­amine berkenaan pada 29 Ogos tahun lalu jam 4.30 petang, di hadapan kedai Fook Yuen, Jalan Gaya, di sini.

 ?? - Oleh SHAMRY M SANI ?? SAMPAIKAN SUMBANGAN: Pengurus Sumber Manusia Sabah Softwoods Berhad (SSB), selaku wakil syarikat Hendra Alih menyampaik­an bantuan barangan keperluan harian kepada wakil Jabatan Pertahanan Awam Tawau sebelum diserahkan kepada mangsa kebakaran di Kampung...
- Oleh SHAMRY M SANI SAMPAIKAN SUMBANGAN: Pengurus Sumber Manusia Sabah Softwoods Berhad (SSB), selaku wakil syarikat Hendra Alih menyampaik­an bantuan barangan keperluan harian kepada wakil Jabatan Pertahanan Awam Tawau sebelum diserahkan kepada mangsa kebakaran di Kampung...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia