Utusan Borneo (Sabah)

Dua pemilik restoran didakwa upah imigran haram

-

KOTA KINABALU: Dua pemilik sebuah restoran didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas pertuduhan mengupah lima imigran haram bekerja.

Hakim Noorhafiza­h Mohd Salim menetapkan pada 5 Oktober untuk pengurusan kes terhadap Zainal Abidin Mohamad dan Jaheerusen Ahameisha, selepas mereka mengaku tidak bersalah.

Mereka didakwa mengambil lima imigran haram yang tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja, pada 1 September jam 4.15 petang, di restoran Maimunah, di sini.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, memperuntu­kkan denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara selama 12 bulan, atau dengan keduaduany­a untuk setiap imigran haram.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni mencadangk­an keduadua tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM5,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Namun peguam Dominic Chew Ban Huat yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jumlah berkenaan dikurangka­n.

Menurutnya, tertuduh pertama seorang penduduk tempatan berusia 56 tahun, berkahwin dengan seorang wanita warganegar­a India.

Tambahnya,tertuduhke­dua seorang warganegar­a India dan memiliki pasport yang sah sehingga 21 September.

Mahkamah membenarka­n Zainal diberikan ikat jamin sebanyak RM2,000, manakala Jaheerusen diikat jamin RM2,500 masing-masing dicagarkan dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia