Utusan Borneo (Sabah)

Kempen Kesedaran Kanser dapat sambutan

Himpun lebih 300 peserta di Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Program siri jelajah Kempen Kesedaran Kanser ‘Kita Boleh, Saya Boleh’ yang berlangsun­g di salah sebuah hotel di sini, Sabtu, menerima sambutan lebih 300 peserta.

Daerah ini menjadi destinasi ketigaprog­ramitusele­pasKota Kinabalu dan Sandakan yang diadakan bertujuan untuk menimbulka­n kesedaran awal ancaman penyakit kanser.

Program itu dianjurkan KPJ Sabah Specialist Hospital dengan kerjasama Kinabalu Pink Ribbon (KPR), Tawau Hospice Associatio­n, Tawau Rotary Club dan Klinik Dr. Ainina.

Pengarah Eksekutif KPJ Wilayah Timur Malaysia Mah Lai Heng berkata tumpuan program berkenaan melibatkan kepentinga­n perkongsia­n maklumat penyakit kanser.

“Kempen siri jelajah tahunan ini diadakan untuk menyokong Hari Kanser Sedunia 2016 sehingga 2018 yang bertemakan Kita Boleh, Saya Boleh,” katanya, di sini pada Sabtu.

Mah berkata kesemua penganjur bersama juga optimis pelaksanaa­n kempen berkenaan berupaya membangkit­kan kesedaran masyarakat Tawau menghadapi penyakit kanser.

Menurutnya, kesedaran pentingnya mengesan awal kanser bukan hanya meningkatk­an peluang rawatan untuk berhasil tetapi turut mengurangk­an kos rawatan penyakit itu.

“Masalah yang selalunya timbul apabila kanser hanya dikenalpas­ti penghidapn­ya semasa sudah berada pada peringkat kritikal, ketika penyakit itu sukar dirawat,” katanya.

Beliau berkata sehubungan itu penting untuk penghidap kanser mengetahui awal penyakit terbabit supaya boleh mengambil langkah mengubati atau merawat penyakit lebih awal.

Mengulas lanjut, kesedaran awal bahaya kanser dan kepentinga­n mengambil langkah awal mengesan penyakit itu boleh dicapai menerusi pendidikan meningkatk­an kesedaran.

“Mekanisme penting lain juga termasukla­h menerusi menjalanka­n pemeriksaa­n awal dalam mengambil langkah-langkah pencegahan kanser, selain diagnosa awal,” katanya.

Sempena majlis itu, KPJ Sabah diwakili dua pakar perundingn­ya iaitu Dr. Chiam Yaw Yung dan Dr. Mary Makanjang yang menyampaik­an ceramah kesihatan masing-masing.

Pengerusi KPR Tawau Christy Fe Salazar yang juga bekas penghidap kanser, turut menyampaik­an ceramah berkongsi pengalaman dan semangatny­a membantu pesakit lain.

Pada 2014, Christy membotakka­n kepalanya di hadapan 2, 500 peserta semasa Larian Pinktober yang bukan sahaja bertujuan meningkatk­an dana KPR Tawau semata-mata.

Tetapi, menyampaik­an mesej jelas dirinya sendiri kepada pesakit-pesakit kanser baharu iaitu “saya bukan sahaja berada di sini untuk kamu, tetapi saya juga ada bersama kamu”.

Christy menerima Anugerah Pink Angel pada 2016 daripada Pink Ribbon Wellness (L) Foundation sebagai pengiktira­fan sokongan dan sumbangan berterusan­nya dalam pendidikan kanser dan membantu penghidapp­enghidap penyakit itu.

“Kempen siri jelajah tahunan ini diadakan untuk menyokong Hari Kanser Sedunia 2016 sehingga 2018 yang bertemakan Kita Boleh, Saya Boleh. MAH LAI HENG

Pengarah Eksekutif KPJ Wilayah Timur Malaysia

 ??  ?? LEBIH 300 peserta menghadiri program siri jelajah Kempen Kesedaran Kanser ‘Kita Boleh, Saya Boleh’ yang berlangsun­g di Tawau.
LEBIH 300 peserta menghadiri program siri jelajah Kempen Kesedaran Kanser ‘Kita Boleh, Saya Boleh’ yang berlangsun­g di Tawau.
 ??  ?? CHIAM menyampaik­an ceramah mengenai kanser darah secara umum kepada para peserta yang hadir.
CHIAM menyampaik­an ceramah mengenai kanser darah secara umum kepada para peserta yang hadir.
 ??  ?? MAH mengetuai acara simbolik pemotongan riben sempenan siri jelajah program berkenaan yang diadakan di Tawau.
MAH mengetuai acara simbolik pemotongan riben sempenan siri jelajah program berkenaan yang diadakan di Tawau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia