Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia tunggu pengiktira­fan tiga kebudayaan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Malaysia masih menunggu pengiktira­fan dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) berhubunga­n status Dondang Sayang, Pesta Wang Kang dan Pantun dijadikan sebagai warisan kebudayaan di negara ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, permohonan untuk mewartakan tiga kebudayaan itu telah dihantar kepada Unesco pada 31 Mac tahun ini.

“Kini kita masih menunggu pihak Unesco datang untuk melawat kita berhubung perkara ini.

“Pantun ini pula kita bawa ke Unesco sekali dengan Indonesia untuk mendapatka­n pengiktira­fan bersama,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Agung Suruhanjay­a Kebangsaan Unesco Malaysia ke-39, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya akan mencadangk­an Lembah Danum dan Maliau Basin sebagai tapak warisan dunia kepada Unesco selepas mendengar laporan-laporan berkaitan daripada pihak bertanggun­gjawab di sini.

Selain itu katanya, kerajaan juga telah melaksanak­an inisiatif memperkasa kerjasama dalam kalangan negara membangun seperti Program Kerjasama MalaysiaUn­esco (MUCP).

“Sebagai contoh, inisiatif Malaysia Fund-in-Trust (MFIT), ia diwujudkan bagi membantu dengan memberikan sumbangan atau derma kepada negara-negara kurang membangun dan kepulauan kecil.

“Program ini melibatkan dari segi sumbangan air bersih, kesihatan, pendidikan dan kita akan teruskan program ini,” katanya.

Turut hadir di mesyuarat itu ialah Pengarah Pendidikan NegeriSaba­hDatukMaim­unah Suhaibulse­rtatetamuk­ehormat yang lain.

 ??  ?? MAHDZIR (kanan) ketika mempengeru­sikan mesyuarat itu.
MAHDZIR (kanan) ketika mempengeru­sikan mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia