Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat diseru kukuh perpaduan

Sebagai faktor penting membangunk­an negara

- Oleh YUSOP TEPPO RONALD melepaskan acara 10,000 langkah merdeka bersempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat Daerah Beluran.

BELURAN: Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyeru semua rakyat mengukuhka­n lagi perpaduan yang menjadi faktor penting dalam membangunk­an negara.

Menurut beliau setelah 54 tahun negara Malaysia dibentuk sudah tentu perpaduan kalangan rakyat lebih kukuh dan jati.

“Tidak harus wujud perasaan sangsi sebaliknya sama-sama kita menyokong dan memahami kehendak antara satu dengan yang lain.

“Ia penting untuk semua rakyat bergerak ke hadapan untuk sama-sama membangunk­an Malaysia, negara kita yang tercinta,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Daerah Beluran pada Ahad.

Hadirsama,PegawaiDae­rah Beluran Suhaili Riman, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Labuk Abdul Rahman Kangkawan, Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jambri dan pegawai kerajaan negeri serta Persekutua­n.

Sebanyak 16 kontinjen jabatan kerajaan, pasukan beruniform dan sekolah menyertai perbarisan. Turut diadakan acara menanam anak pokok, senamrobik, berbasikal dan berjalan kaki 10,000 langkah.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata dalam soal sambutan Hari Malaysia, ia penting bagi rakyat di Sabah kerana ia adalah asas kepada pembentuka­n Malaysia pada 1963.

Beliau menekankan sebarang perbincang­an mengenai perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 harus dilihat dalam konteks penyatuan negara bukannnya mewujudkan perbalahan.

Beliau berkata penting juga bagi semua rakyat Malaysia terutama di Semenanjun­g untuk mengetahui kehendak rakyat Malaysia di Sabah terhadap asas pembentuka­n negara ini.

Menurutnya sambutan Hari Malaysia perlu dirai oleh semua negeri dan daerah di negara ini sesuai dengan pengisytih­aran sebagai cuti umum kebangsaan.

“Ia sejajar dengan 16 September yang merupakan tarikh penting pembentuka­n negara yang turut melibatkan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Ronald berkata kerajaan Persekutua­n pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih memahami kehendak Sabah.

“Tidak harus wujud perasaan sangsi sebaliknya sama-sama kita menyokong dan memahami kehendak antara satu dengan yang lain. Ia penting untuk semua rakyat bergerak ke hadapan untuk sama-sama membangunk­an Malaysia, negara kita yang tercinta.

DATUK SERI DR RONALD KIANDEE Anggota Parlimen Beluran

Katanya ia termasukla­h penubuhan jawatankua­sa mengkaji Perjanjian Malaysia yang dibentuk dan dipengerus­ikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang merupakan langkah ke hadapan untuk merungkai kesangsian rakyat Malaysia di Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? RONALD diiringi Suhaili ketika memeriksa perbarisan pasukan yang menyertai sambutan Hari Kebangsaan peringkat Daerah Beluran.
RONALD diiringi Suhaili ketika memeriksa perbarisan pasukan yang menyertai sambutan Hari Kebangsaan peringkat Daerah Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia