Utusan Borneo (Sabah)

SK Sri Gaya adakan Solat Hajat Perdana 2017

-

KOTA KINABALU: Program Solat Hajat Perdana 2017 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sri Gaya (Sekolah Berprestas­i Tinggi) Kota Kinabalu yang melibatkan penyertaan para guru, ibu bapa dan pelajar Tahun Enam sekolah itu.

Program anjuran Panitia Pendididka­nIslamdanP­IBGitu adalah kesinambun­gan kepada solat hajat yang dilaksanak­an pada setiap malam Jumaat dan telah diadakan di Surau Al-Hikmah, SK Sri Gaya.

Guru Besar Alhazmi Abdullah berkata, objektif penganjura­nnya ialah sebagai ikhtiar untuk memohon kejayaan khusus buat para pelajar yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

“Sebagai Sekolah Berprestas­i Tinggi, kita telah membuat persiapan awal sebagai persediaan kepada para pelajar menghadapi UPSR dan kita berhasrat mengekalka­n kejayaan serta prestasi yang cemerlang sebagaiman­a tahuntahun sebelum ini,” katanya.

Antara pengisian program ialah tazkirah daripada Mufti Negeri Sabah Datuk Hj Bungsu Aziz Hj Jafar sekaligus menjadi imam kepada solat hajat berjemaah.

Hadir sama menjayakan program itu ialah Timbalan YDP PIBG Dr Jamaluddin Mohd Ali.

Di dalam ucapan alualuanny­a, Jamaluddin memuji usaha pihak sekolah dan PIBG kerana ia menggambar­kan keprihatin­an semua pihak terhadap prestasi pelajar dan anak masing-masing.

 ??  ?? JAMALUDDIN memberikan ucapan alu-aluan.
JAMALUDDIN memberikan ucapan alu-aluan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia