Utusan Borneo (Sabah)

Polis berkas suspek kes samun bersenjata

-

KOTA KINABALU: Dua lelaki suspek kes samun bersenjata berjaya diberkas dalam dua serbuan pada 6 September lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, kedua-dua suspek berumur 25 dan 27 tahun.

Katanya, pada 28 Ogos lepas jam 3.48 pagi, pihaknya menerima laporan berlaku satu kejadian samun menggunaka­n parang dan pisau di sebuah kedai 24 jam di Plaza Menggatal di sini.

Menurutnya, sebelum kejadian kedua-dua suspek membeli keropok di kedai itu dan keluar semula di kaki lima kedai.

“Selepas selesai makan, keduadua suspek masuk semula ke dalam kedai dan mengeluark­an sebilah parang serta pisau dan mengacukan­nya ke arah pekerja yang bertugas.

“Sebelum melarikan diri, suspek sempat mengambil kira-kira 55 bungkus rokok jenama Winston dan Dunhill serta sejumlah wang tunai kira-kira RM200.

“Berikutan kejadian itu, polis membuat serbuan melibatkan dua lokasi iaitu di Pekan Inanam Baru dan Kampung Labou di sini,” katanya di sini pada Isnin.

Chandra berkata, hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kejadian samun terbabit.

Selain itu katanya, turut dirampas dua telefon bimbit, sebilah parang yang digunakan semasa kejadian, dua kotak rokok jenama Winston, sebuah motosikal bersama helmet yang juga dipercayai

BARANG milik suspek yang dirampas dalam serbuan itu.

digunakan untuk menyamun.

Beliau berkata, kedua-dua suspek turut didapati positif dadah dan kini direman selama tujuh hari bermula 6 hingga 12 September 2017 untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Dalam pada itu, Chandra menasihatk­an orang awam terutama pekerja kedai 24 jam supaya lebih berwaspada dengan individu yang mencurigak­an.

Katanya, pengurusan kedai 24 jam juga perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu polis sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. -Oleh SITI AISYAH NARUDIN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia