Utusan Borneo (Sabah)

Gegar Keningau dan Jelajah YaHijau Sabah pada 14-17 September

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Program Voluntouri­sm Gegar Keningau dan Jelajah YaHijau Sabah Siri 3 Peringkat Daerah Keningau sempena sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Padang Bandaran di sini pada 14-17 September.

Pengarah program Rafie Robert berkata, pelbagai acara menarik dan pertanding­an akan diadakan selama empat hari program itu berjalan.

“Pertanding­an yang akan diadakan ialah Pidato Kepengguna­an, tarik tali terbuka Sabah, tarik tali junior tertutup Keningau, nyanyian Gegar Voice, tarian moden, Mr Gegar Body Smart, mewarna, inovasi hijau, gusti tangan, cabaran orang kuat, sukan rakyat, Miss Crocker Range dan Battle of the Band,” katanya.

Sementara itu, acara menarik yang diadakan sepanjang empat hari itu ialah konsert fitness, sesi jaming, senam seni 1Malaysia, Konsert Gegar Keningau, Larian Gegar Keningau, Langkah Hijau, ceramah kesedaran-jimat air, jimat tenaga, mari mencuba sukan tradisi rampanau, persembaha­n kebudayaan, pameran agensi kerajaan, jualan produk tempatan dan kraftangan.

Rafie memberitah­u lebih 100 usahawan vendor tempatan turut mengadakan jualan produk termasuk gerai pameran dan jualan kenderaan.

Beliau meminta orang ramai di daerah ini termasuk dari daerah-daerah di Pedalaman Atas dan negeri ini agar turut hadir untuk menyaksika­n pertanding­an dan acara menarik yang diadakan selama empat hari itu.

 ??  ?? RAFIE
RAFIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia