Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan wujudkan taman industri halal nasional

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang mewujudkan taman industri halal nasional dalam usaha memperkemb­angkan industri berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pusat itu boleh menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an baharu berkaitan industri halal selain produk bersesuaia­n dalam menuju ke era Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0).

Ahmad Zahid menarik perhatian bahawa 23 taman halal telah diwujudkan namun ia berselerak di seluruh negara.

“Untuk memperliha­t keseriusan kita, saya amat bersetuju supaya Halal Jaya atau nama lain yang bersesuaia­n dapat diwujudkan oleh kerajaan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Dialog Perdana Industri Halal 2017, di sini pada Isnin.

Beliau berkata lokasi taman industri halal nasional itu tidak semestinya dibina di Lembah Klang dan perlu mengambil kira kos pemilikan tanah yang mampu milik.

Terdahulu dalam sesi dialog, Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia, berkata 330,000 peluang pekerjaan disasar diwujudkan dalam industri halal menjelang 2020.

Sektor itu mempunyai 248,508 pekerja sehingga akhir tahun lepas. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia