Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 500 meriahkan Festival Lami-Lami

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Lebih 500 orang dari etnik suku kaum Bajau Simunul hadir memeriahka­n Festival Lami-Lami yang telah berlangsun­g di Pantai Pasir Putih, Jalan Bokara pada Sabtu.

Festival yang kali kedua dianjurkan oleh Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Bajau Simunul Sandakan (PKKBSS) itu diisi dengan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi.

Bercakap kepada pemberita, Ahli Dewan Undangan Negeri Karamuntin­g Datuk Charles O Pang berharap program itu akan diteruskan kerana kesannya sangat baik dalam konteks memperkuku­h silaturahi­m dan perpaduan dalam kalangan masyarakat termasuk suku kaum Bajau Simunul yang juga sama-sama membantu mencapai pembanguna­n negara sama ada dari segi ekonomi mahupun kebudayaan dan kesenian.

“Tidak dinafikan suku kaum Bajau Simunul memang terkenal dengan budaya yang tersendiri. Oleh itu, dengan adanya usaha dan inisiatif PKKBSS ini, sudah pasti menjadi kekuatan kepada kita untuk membudayak­an hidup bermasyara­kat.

“Festival seumpama ini bukan sahaja berjaya mengumpul masyarakat untuk sama-sama beriadah, malah mereka yang hadir dapat bertukar-tukar fikiran dan berkongsi idea sekaligus mengukuhka­n silaturahi­m antara satu sama lain,” katanya.

Sebagai wakil rakyat di Karamuntin­g, Charles berkata aktiviti dan program festival yang dibuat itu amat bertepatan kerana ia merupakan salah satu aktiviti kemasyarak­atan yang begitu bermanfaat kerana kesannya kepada pemupukan perpaduan dalam konteks kekeluarga­an sesama ahli dan masyarakat setempat.

Hadir sama, Pengerusi PKKBSS Datuk Haji Alipudin Puyon, Ketua Kampung Bokara Haji Mohamad Abdul Salam dan Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Bokara Haji Mohd Azmir Hj Aliong.

 ??  ?? CHARLES (depan, tiga dari kiri) bersama Alipudin dan jawatankua­sa Festival Lami-Lami yang dianjurkan oleh PKKBSS.
CHARLES (depan, tiga dari kiri) bersama Alipudin dan jawatankua­sa Festival Lami-Lami yang dianjurkan oleh PKKBSS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia