Utusan Borneo (Sabah)

Kikis budaya takut disiasat oleh SPRM

-

PUTRAJAYA: Syarikat atau orang ramai harus mengkikis budaya takut disiasat atau diaudit oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mana-mana agensi penguatkua­saan bagi memastikan negara ini bebas dan bersih daripada anasir rasuah serta salah guna kuasa, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata seluruh ekosistem sesebuah jabatan atau syarikat mesti telus supaya gejala rasuah dan salah guna kuasa dapat dikesan dan dicegah lebih awal.

“Kalau ada kes, SPRM teruskan siasatan. Kalau tiada kes, ia akan digugurkan. Adakalanya, ada perbuatan sekongkol dalam sesuatu jabatan atau syarikat yang menyebabka­n SPRM sukar menjalanka­n siasatan dan sukar membuktika­n kejadian rasuah kerana wujud gejala itu daripada pengurusan tertinggi sampai ke bawah,” katanya ketika berucap pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Pendaftara­n Negara Malaysia di sini, Isnin.

Beliau berkata lazimnya persepsi orang ramai adalah sekiranya SPRM siasat orang politik, pegawai kerajaan, pengurusan korporat atau individu, pasti mereka terlibat atau mempunyai pengaruh dalam rasuah besar.

Oleh itu adalah wajar juga untuk SPRM mencari langkah keseimbang­an antara badan itu dengan jabatan kerajaan, syarikat atau individu yang disiasat agar imej mereka yang terlibat dalam proses siasatan tidak tercemar serta mengelakka­n masyarakat menghukum mereka walaupun belum dibuktikan bersalah.

Nur Jazlan berkata sewaktu beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankua­sa Kirakira Wang Negara (PAC), beliau memanggil ketuaketua jabatan bagi memastikan aspek menjaga ketenteram­an awam serta meningkatk­an kepercayaa­n rakyat terhadap kerajaan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia