Utusan Borneo (Sabah)

Tiada cukai tambahan dalam sektor pelacongan

-

KUCHING: Kerajaan negeri tidak berhasrat memperkena­lkan cukai tambahan dalam sektor pelanconga­n sebagai mana yang dilakukan negeri-negeri lain.

Perkara itu ditegaskan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui pemberita selepas merasmian program ‘Paint The World 3.0 Consert 2017’ di Dewan Suarah Kuching, pada Ahad.

Beliau memberitah­u, tindakan mengenakan cukai tambahan adalah tidak baik untuk industri pelanconga­n di negeri ini selain mendatangk­an beban kepada rakyat.

“Apabila anda melihat bil, terlalu banyak cukai, GST (Cukai Barangan dan Perkhidmat­an), Cukai Pelanconga­n, Cukai Perkhidmat­an, Cukai Warisan dan sebagainya dan ini bukan suatu yang baik untuk industri.

“Setakat ini kerajaan negeri tidak berhasrat mengenakan cukai tambahan lain seperti yang dilaksanak­an negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Sabah termasuk Langkawi,” tegasnya.

Karim berkata pelbagai jenis nama cukai diperkenal­kan dalam sektor pelanconga­n di negeri-negeri berkenaan seperti Cukai Bilik, Cukai Warisan dan sebagainya.

“Oleh itu, kita tidak mahu terus membebanka­n rakyat dengan pelbagai cukai ini,” tambahnya.

Mengenai pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya itu menjelaska­n setakat ini tiada aduan daripada pengusaha hotel berkaitan cukai tersebut.

Namun katanya, masih terdapat keraguan tentang cara pelaksanaa­n kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalus­i.

“Seperti rumah tumpangan yang juga dikenakan cukai ini, satu bilik mempunyai 20 katil dan mereka yang menginap di sini perlu membayar lebih tinggi untuk satu bilik daripada hotel bertaraf lima bintang.

“Perkara sebeginila­h yang perlu kita lihat lebih terperinci kerana kita difahamkan bahawa pelaksanaa­n Cukai Pelanconga adalah untuk rumah tumpangan, inap desa dan hotel bajet yang berdaftar,” jelasnya.

Selain itu, Karim mendedahka­n bahawa kerajaan negeri masih lagi berusaha mendapatka­n tambahan hasil kutipan daripada Cukai Pelanconga­n.

“Kerajaan negeri akan uruskan di belakang tabir bersama kerajaan persekutua­n kerana ia bukan hanya melibatkan Kementeria­n Pelanconga­n dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan sahaja, ia antara kerajaan negeri dan Kementeria­n Kewangan.

“Sebab itu kita lakukan di belakang tabir, kita akan terus berusha mendapatka­n lebih daripada apa yang diberikan sebelum ini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia