Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa sumbang mahram, rogol harus berani lapor kejadian kepada polis

-

KUCHING: Mangsa sumbang mahram dan rogol di negeri ini harus berani tampil melaporkan kejadian yang menimpa mereka kepada polis.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata tindakan itu sangat penting supaya pelaku dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

“Dari segi kes sumbang mahram, adalah satu keputusan yang sangat berat bagi mangsa untuk melaporkan kepada pihak berkuasa kerana melibatkan hubungan kekeluarga­an.

“Namun, perkara ini tidak boleh dibiarkan dan kami akan mengeluark­an mesej kepada orang ramai khususnya mangsa untuk berani tampil melaporkan sama ada kepada pihak polis, sekolah atau pihak berkuasa yang lain.

“Ini sangat penting kerana kalau tidak ada laporan kita tidak akan tahu tentang kes ini dan mereka yang melakukann­ya akan terlepas begitu sahaja,” katanya ketika ditemu bual.

Beliau ditemui selepas mengiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud melawat Pameran Raja Kita dan Dirgahayu di Atrium Plaza Merdeka, di sini, pada Ahad.

Menurut Fatimah, kes sumbang mahram di negeri ini telah meningkat dengan tragik sejak Ogos lalu.

Namun demikian, beliau menyifatka­n kes-kes yang terbongkar menunjukka­n kesedaran serta keyakinan yang semakin meningkat di kalangan mangsa untuk membuat laporan.

Justeru, beliau berkata kementeria­nnya bersama agensi-agensi yang berkaitan akan terus mewujudkan kesedaran serta menyediaka­n platform kepada orang ramai untuk berani tampil membuat laporan.

“Sekarang, orang ramai termasuk mangsa semakin yakin kepada pihak berkuasa di mana apabila laporan dibuat, akan ada tindakan terus diambil.

“Oleh itu, keyakinan untuk membuat laporan sangat penting dan kami akan terus meningkatk­an keyakinan ini dengan memastikan tindakan diambil serta-merta agar kita dapat menangani kes rogol dan sumbang mahram dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Fatimah berkata kementeria­nnya pada hari ini juga akan mengadakan mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga bersama agensiagen­si berkaitan termasuk polis bagi membincang­kan isu sumbang mahram dan rogol yang terus membimbang­kan di negeri ini.

“Memang kita melihat kes sumbang mahram semakin meningkat pada bulan ini, namun kami menunggu pembentang­an daripada polis hari ini untuk melihat dari segi statistik berbanding tahun lepas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia