Utusan Borneo (Sabah)

BCCK adakan latihan kecemasan kebakaran

-

KUCHING: Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) telah mengadakan latihan kecemasan kebakaran baru-baru ini.

Latihan yang disertai 50 kakitangan BCCK itu turut dijayakan dengan bantuan pihak bomba yang memberi mereka pengetahua­n asas serta pendedahan mengenai kebakaran di tempat kerja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BCCK Eric van Piggelen, latihan kecemasan kebakaran tersebut adalah yang terbesar dilakukan oleh BCCK berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Kami berterima kasih kepada bomba kerana memberi kerjasama dalam menjayakan latihan kecemasan kebakaran ini.

“Dengan latihan seperti ini, kakitangan kami akan lebih bersedia untuk menangani keadaan semasa kecemasan tanpa menjejaska­n keselamata­n penghuni dan premis,” katanya.

 ??  ?? KAKITANGAN BCCK merakam kenangan bersama anggota bomba selepas selesai latihan kecemasan kebakaran di BCCK, baru-baru ini.
KAKITANGAN BCCK merakam kenangan bersama anggota bomba selepas selesai latihan kecemasan kebakaran di BCCK, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia