Utusan Borneo (Sabah)

Silibus pertanian moden dicadang diperkenal dalam program MYTV

-

BETONG: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangk­an agar silibus pertanian moden diperkenal­kan dalam program Transforma­si Vokasional Belia (MYTV) pada siri akan datang.

Beliau berkata Sarawak ketika ini menuju ke arah pertanian moden yang menitikber­atkan penggunaan teknologi terkini seperti sistem penanaman patigasi.

“Kita telah membincang­kan perkara ini dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi-agensi berkaitan agar memperkena­lkan silibus baharu iaitu pertanian moden seperti patigasi dan sebagainya.

“Ini akan membuka satu lagi bidang baharu untuk diterokai, tambahan Sarawak sekarang menuju ke arah pertanian moden,” kataya ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Penutupan Program MYTV di Padang Futsal Spaoh dekat sini pada Ahad.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong menganjura­n MYTV yang memfokus kawasan luar bandar kerana ia seiring dengan program transforma­si luar bandar di Sarawak.

“Kita mempunyai ramai belia di luar bandar yang mempunyai potensi memenuhi kehendak tenaga kerja mahir di Sarawak jika mereka diberi latihan serta kemahiran vokasional sesuai dengan keperluan industri.

“Oleh itu latihan kemahiran seperti ini sangat penting kerana ia membantu mendedahka­n belia seterusnya melatih mereka dengan kemahiran untuk meningkatk­an kebolehpas­aran mereka dalam industri atau sebagai usahawan,” katanya.

Mengenai MYTV, Uggah berkata ia merupakan program yang sangat bagus kerana ia dapat membuka pandangan belia luar bandar supaya sedar peluangpel­uang yang ada di negara ini dari segi kemahiran untuk menjana pendapatan.

Ini bermakna katanya, belia menganggur di luar bandar tidak harus berputus asa kerana terdapat banyak peluang untuk diterokai tetapi dengan syarat mereka harus mempunyai kemahiran.

“Saya difahamkan belia akan mengikuti latihan kemahiran ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutua­n di sini selama dua minggu, mempelajar­i pelbagai bidang seperti binaan, gunting rambut dan sebagainya.

“Selepas latihan ini, peserta boleh memilih bekerja atau melanjutka­n pengajian dalam bidang vokasional di kolej komuniti atau sekolah vokasional untuk memperkasa­kan kemahiran mereka,” ujarnya.

Uggah menambah, perkara paling penting ialah program MYTV akan mendedahka­n belia luar bandar kepada pelbagai kemahiran yang akan membuka peluang menjana pendapatan, akhirnya membebaska­n mereka daripada belenggu kemiskinan serta terjebak dalam aktiviti tidak sihat.

Latihan kemahiran ditawarkan oleh MYTV juga katanya, akan membuka peluang kepada belia memohon lesen kontraktor kelas F.

“Terima kasih kepada ATM serta agensi-agensi yang terlibat dalam menganjurk­an MYTV. Ini seiring dengan program transforma­si luar bandar Sarawak untuk mengakhiri kemiskinan serta membawa kemakmuran kepada penduduk luar bandar,” katanya.

Sementara itu Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar berkata ATM menyokong saranan Uggah dan sudah dalam perancanga­n pihaknya untuk menambah kursus ditawarkan.

Ketika ini katanya, kursus kemahiran yang ditawarkan dalam program MYTV berdasarka­n permintaan belia setempat.

“Pada masa sama kami sedar kemahiran dalam bidang pertanian di Sarawak sama penting. Pengenalan kursus dalam bidang ini telah dibincangk­an dan dengan izain Tuhan ia akan ditawarkan pada program MYTV akan datang.

“Ini adalah siri kelapan MYTV, sambutan sangat baik. ATM sentiasa menyokong program transforma­si luar bandar negeri tetapi ia juga menjadi tanggungja­wab sosial korporat ATM membantu serta memberi peluang kepada anak muda menambah baik kehidupan mereka menerusi latihan kemahiran diberikan,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Saribas Mohammad Razi Sitam, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw dan Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad.

 ??  ?? UGGAH (tiga kanan) dan Mohd Zaki menyempurn­akan majlis penutupan program MYTV di Spaoh Betong. Turut kelihatan Mohammad Razi (tiga kiri).
UGGAH (tiga kanan) dan Mohd Zaki menyempurn­akan majlis penutupan program MYTV di Spaoh Betong. Turut kelihatan Mohammad Razi (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia