Utusan Borneo (Sabah)

Program Gegar 10,000 Langkah Merdeka Peringkat Negeri di Daro

-

DARO: Program Gegar 10,000 Langkah Merdeka Peringkat Negeri Sarawak telah dilancarka­n di Dewan Tadika Kie Ming di daerah ini di sini semalam oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Daro Safiee Ahmad.

Program anjuran Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) ini telah berjaya menarik 200,000 peserta di 100 lokasi terpilih seluruh negara yang merupakan tahun ketujuh penganjura­nnya.

Safiee dalam ucapan perasmiann­ya menjelaska­n, kehadiran lebih 1000 peserta di lokasi penganjura­n semalam membuktika­n sokongan kuat daripada penduduk termasuk agensi kerajaan serta pertubuhan yang terlibat.

“Kita harus bangga kerana terpilih menjadi tapak penganjura­n program sekali gus menjadikan ia platform aktiviti mempupuk gaya hidup sihat,” katanya.

Jelasnya, sokongan program seperti itu perlu diperhebat lagi pada masa akan datang kerana selain melahirkan komuniti sihat ia boleh dijadikan medium perpaduan dalam kalangan peserta.

Katanya, ini juga dapat menyokong kempen membantera­s masalah kegemukan penduduk negara ini apabila 17.7 peratus daripada 3.3 juta penduduk dewasa dikategori obesiti.

“Seorang daripada tiga penduduk negara ini dipercayai termasuk senarai mempunyai berat badan berlebihan. Jadi, dengan adanya Program Gegar 10,000 Langkah, ia dapat memperting­katkan kesedaran pentingnya amalan penjagaan kesihatan,” katanya.

Tambah Safiee, bagi mengekalka­n rakyat Sarawak yang sihat dan mempunyai gaya hidup sihat, komuniti harus memberi sokongan padu terhadap sebarang penganjura­n kempen kesihatan sedia ada.

Katanya begitu juga dengan agensi terlibat termasuk komuniti sedia ada, mereka perlu menggalak aktiviti amalan sihat kerana ia tidak memerlukan kos yang banyak.

“Bukan hari ini sahaja, amalkan senaman sihat bersama keluarga dan masyarakat. Ia tidak perlu kos dan bajet kerana mengamalka­n senaman dapat membantu melahirkan warga cergas minda dan fizikal,” katanya.

KPM telah menggarisk­an program berkenaan sebagai salah satu aktiviti utama yang dirangka sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n yang diadakan serentak di seluruh negara pada setiap 10 September.

Antara objektif program ialah mengurangk­an kadar morbiditi dan mortaliti terhadap penyakit berkaitan, menggalak penyertaan anggota kesihatan dan masyarakat dalam aktiviti kecergasan dan menyemarak semangat kemerdekaa­n dalam kalangan peserta.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (Farmasi) Abu Hassan Alshaari Abd Jabar mewakili Pengarah JKNS, Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Dr Osman Rafaie, Pegawai Daerah Daro Abg Mohamed Abg Turkey, ketua-ketua jabatan, ketua masyarakat dan ketua kaum termasuk penjawat awam, agensi dan penduduk setempat.

 ??  ?? SAFIEE melancarka­n Program Gegar 10,000 Langkah Merdeka Peringkat Negeri di Daro.
SAFIEE melancarka­n Program Gegar 10,000 Langkah Merdeka Peringkat Negeri di Daro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia