Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan lelaki bersama syabu seberat 23.63 gram

-

MARUDI: Pasukan polis di sini berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 20 tahun dan merampas dadah jenis syabu seberat 23.63 gram pada anggaran nilai nilai RM7,000.

Sepasukan polis seramai sembilan orang daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi yang diketuai ASP Mike Ibrahim pada 7 September lalu, telah melakukan serbuan di sebuah pondok gelanggang sabung ayam di Sungai Temam, Bakong Beluru.

Ketika serbuan, polis menemui seorang lelaki sahaja di pondok berkenaan dan hasil pemeriksaa­n lanjut ke atasnya, polis menemui dadah jenis syabu terbabit disembunyi dalam satu beg plastik warna merah dikeluarka­n oleh suspek dari beg pakaian warna hitam berjenama Polo Zupiter.

Polis turut mengarahka­n suspek membuka sendiri beg plastik warna merah tersebut yang mengandung­i 13 peket lutsinar di berisi ketulan berwarna kristal dipercayai syabu.

Turut dirampas pakaiannya, dua helai seluar jean dan tiga baju serta sekeping pasport yang disembunyi­kan di dalam beg tersebut.

Suspek telah ditahan dan barangan dirampas daripadany­a turut dibawa ke Balai Polis Beluru untuk tindakan lanjut.

Dalam satu lagi kes berasingan, menerusi Ops Bersepadu dilakukan sepasukan polis daripada IPD Marudi diketuai ASP Mohd Ruslan Mat Kib pada 6 September lalu, jam 2.30 petang, polis menahan seorang lelaki Indonesia di sebuah kantin di Bakong.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Nokia dan sebuah lagi jenama Vivo dengan lapan keratan helaian kertas bertulis angka-angka dipercayai nombor loteri haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia