Utusan Borneo (Sabah)

Inter, Napoli terus saingi Juventus

-

MILAN, Itali: Napoli dan Inter Milan mencipta kemenangan ketiga berturut-turut untuk mengekalka­n saingan dengan juara bertahan, Juventus, di singahsana Serie A Itali tetapi AC Milan kecundang di Lazio Ahad lepas.

Inter, yang dibimbing Luciano Spalletti, menewaskan pendatang baharu liga, SPAL 2-0 di San Siro ketika Juventus menewaskan Chievo 3-0 di Turin pada perlawanan hari Sabtu.

Napolijuga­masihbelum­tewas apabila membuat persediaan untuk perlawanan Liga JuaraJuara menentang Shakhtar Donetsk dengan kemenangan 3-0 di Bologna menerusi gol Jose Callejon, Dries Mertens dan Piotr Zielinski.

“Untuk mengharung­i 70 minit dan tewas 0-3 adalah sukar untuk pemain,” kata jurulatih Bologna, Roberto Donadoni ketika pasukannya mengalami kekalahan pertama musim ini.

“Kealpaanme­nghukumkam­i. Ia akan menjadi pengajaran untuk kami.”

Juventus – yang bertandang ke Barcelona untuk perlawanan Liga Juara-Juara hari ini, berada di tangga teratas liga perbezaan gol selepas berkongsi sembilan mata dengan Napoli dan Inter Milan sementara Lazio di tangga keempat dengan tujuh mata.

AC Milan tercicir ke tangga ketujuh selepas kekalahan pertama mereka musim ini ketika Ciro Immobile menjaringk­an hatrik untuk kemenangan 4-1.

Skuad bimbingan Simone Inzaghi ‘mengamuk’ dengan Immobile menjaringk­an tiga gol dalam 10 minit, termasuk satu tendangan penalti pada satu perlawanan yang tertangguh selama satu jam kerana hujan lebat.

Riccardo Montolivo merapatkan kedudukan buat Milan dari satu tendangan percuma Hakan Calhanoglu tetapi skuad bimbingan Vincenzo Montella tidak dapat mengelak kekalahan pertama mereka dari tiga perlawanan.

“Tidak banyak pasukan akan menembusi Milan sebanyak empat gol,” kata Immobile, yang menjaringk­an gol untuk Itali dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia minggu ini.

“Saya fikir kami berada di landasan yang betul.”

Selepas dua perlawanan mudah menentang Crotone dan Cagliari, Milan menyedari realiti sebenar apabila menentang Lazio.

Gol pertama Immobile adalah dari tendangan penalti pada minit ke-38, dan empat minit kemudian menambah jaringan dari umpanan Senad Lulic.

Beliau melengkapk­an hatrik enam minit kemudian dan mengumpan bola kepada Luis Alberto untuk gol keempat.

Pada perlawanan awal, Maurco Icardi membuka jaringan buat Inter Milan dari satu tendangan penalti pada minit ke-27 untuk gol kelima beliau musim ini.

Ivan Perisic melengkapk­an jaringanpa­daminitke-87dengan satu rembatan kencang.

“Ia adalah tiga mata penting yang mengukuhka­n kedudukan kami di kelompok teratas liga dan menambah keyakinan diri pasukan,” kata penolong jurulatih Inter, Marco Domenichin­i.

Pada perlawanan lain, Fiorentina bangkit dari dua kekalahan berturut-turut untuk mencipta kemenangan pertama musim ini apabila membelasah Verona 5-0 di gelanggang lawan.

 ?? - Gambar REUTERS ?? PEMAIN Inter Milan Antonio Candreva bersaing dengan pemain Spal Luca Mora.
- Gambar REUTERS PEMAIN Inter Milan Antonio Candreva bersaing dengan pemain Spal Luca Mora.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia