Utusan Borneo (Sabah)

Baru Jumpa Jr. FT dan SK Pekan Menumbok bakal tentukan kejuaraan

-

LABUAN: Pasukan Baru Jumpa Jr FT bakal bertarung dengan SK Pekan Menumbok bagi menentukan pasukan mana yang lebih layak dinobatkan selaku juara bagi Pertanding­an Bola Sepak Remaja Piala YB Datuk Rozman Datuk Haji Isli, Ahli Parlimen P166 Labuan.

Pertanding­an akhir dijadualka­n berlangsun­g pada 16 September 2017, bermula pukul 3 petang di Padang SKSMK Pantai WP Labuan.

Menurut Timbalan Setiausaha Kejohanan merangkap Penyelaras Pertanding­an bagi kategori 11 Tahun Ke Bawah, Mohamad Rizdaudin Abdul Wahap, sebanyak 12 pasukan bagi kategori 11TKB, mewakili sekolah, kampung dan juga akademi bola sepak yang ada di sekitar mahupun luar Labuan, telah berentap dalam kejohanan yang julung kalinya dianjurkan pada 8 hingga 9 September lalu, bagi peringkat kumpulan hingga ke peringkat separuh akhir.

Di peringkat separuh akhir, pasukan Baru Jumpa Jr FT yang dibimbing oleh Steve Samuel berjaya melangkah ke final dengan kemenangan bergaya 4-0 menumpaska­n Magnificen­t United.

Manakala pasukan SK Pekan Menumbok dipaksa bekerja keras sebelum berjaya mengecewak­an pasukan MyQaQa Soccerkids 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas keduadua pasukan terikat tanpa jaringan.

Rizdaudin berkata, pertanding­anituadala­hanjuran bersama Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA), Pejabat Ahli Parlimen P166 Labuan, Kelab Bola Sepak SMK Pantai dan Kelab Bola Sepak SK Pantai dengan kerjasama Unit Sukan dan kebajikan UMNO Cawangan Kg. Pantai, Majlis Sukan Labuan dan Majlis Sukan SekolahSek­olah yang dicadangka­n bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan pada tahun ini.

Katanya, tujuan utama pertanding­an ini diadakan adalah untuk memperkasa­kan pembanguna­n bola sepak di peringkat akar umbi bagi menyediaka­n platform yang tepat untuk mencungkil dan menilai tahap keupayaan pemain.

“Secara tidak langsung, pertanding­an sebegini dapat memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk merasai sendiri persaingan yang berintensi­ti tinggi dengan kadar yang lebih banyak,”katanya.

Beliau mewakili pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran peminat-peminat bola sepak khususnya ibu bapa akan turun beramai-ramai bagi menyokong pasukan masingmasi­ng pada 16 September ini di Padang SK-SMK Pantai.

 ??  ?? PASUKAN Baru Jumpa Jr FT (duduk) menewaskan Magnificen­t United 4-0 untuk mara ke final .
PASUKAN Baru Jumpa Jr FT (duduk) menewaskan Magnificen­t United 4-0 untuk mara ke final .
 ??  ?? PASUKAN SK Pekan Menumbok (berdiri) dan MyQaQa Soccerkids bergambar sebelum aksi separuh akhir.
PASUKAN SK Pekan Menumbok (berdiri) dan MyQaQa Soccerkids bergambar sebelum aksi separuh akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia