Utusan Borneo (Sabah)

Annuar Musa dicalon bertanding jawatan presiden KAFA

-

KOTA BHARU:Tan Sri Annuar Musa dicalon untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Penamaan calon dilakukan anggota gabungan KAFA bagi memilih kepimpinan KAFA untuk penggal 2017 hingga 2021,” katanya.

Pemilihan akan diadakan pada Kongres Ke-43 KAFA Ahad ini.

Annuar melepaskan jawatan presiden pada November tahun lepas dan menjadi penasihat KAFA.

Ismail berkata empat calon lagi turut dicalon untuk jawatan presiden iaitu Timbalan Presiden KAFA, Datuk Mohamad Nasir Hamzah, Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail, Penaja KAFA, Datuk Ir Shaari Hassan dan Ahli Peniagaan Bibi Ramjani Ilias Khan.

Beliau berkata bagi jawatan timbalan presiden pula, seramai empat individu dicalonkan.

“Turut disenarai ialah 13 calon bagi jawatan naib presiden yang terdiri daripada tokoh korporat, pentadbira­n, tokoh politik manakala 30 orang dicalonkan bagi jawatan anggota jawatankua­sa,” katanya.

Ismail berkata pemilihan calon akan ditentukan 52 orang perwakilan anggota gabungan KAFA, persatuan bola sepak jajahan, persatuan bola sepak Melayu dan persatuan bola sepak Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia