Utusan Borneo (Sabah)

Sukar dapatkan pasukan sparing

Tidak jejaskan semangat skuad bola tampar duduk

-

KUALA LUMPUR: Kesukaran mendapatka­n pasukan sparing untuk latihan, sedikitpun tidak menjejaska­n persiapan skuad bola tampar duduk negara untuk mencipta kejayaan di Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 yang akan membuka tirai pada 17 Sept ini.

Jurulatih skuad bola tampar duduk, Ahmad Musthakim Kamarukman berkata anak buahnya yang terdiri daripada lima pemain lama dan tujuh pemainbaha­ruitunampa­klebih bersemanga­t untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang di gelanggang sendiri.

Sebagai persediaan, Ahmad Musthakim berkata skuad negara telah mengadakan beberapa perlawanan persahabat­an dengan pasukan Melaka United yang terdiri daripada pemain normal dan kurang upaya selain menyertai kejohanan jemputan melibatkan pasukan terbaik Asia, Korea Selatan.

“Kalau ikut kepada perlawanan pendedahan, sebenarnya memang tidak mencukupi kerana kita susah untuk mendapatka­n pasukan untuk ‘sparring’. Pasukan kurang upaya banyak, cuma tidak sama tahap atau tahap mereka lebih rendah berbanding pasukan kita.

“Kita pernah juga jemput pasukan daripada ‘able body’, tapi biasanya mereka akan bagi alasan takut mengalami kecederaan kerana terpaksa bermain duduk,” katanya pada sidang media Program Kita Juara Sukan Para ASEAN, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Ahmad Musthakim berkata skuad negara yang mula berlatih sejak Januari tahun ini juga telah menguji venue pertanding­an yang menggunaka­n lantai ‘taraflex’ yang pertama kali diperkenal­kan pada temasya Sukan Para ASEAN.

“Selama empat hari, para pemain telah menguji lantai baharu yang akan digunakan pada pertanding­an kali ini, dan saya dapati mereka sangat selesa dan memberi kelebihan kerana lebih mudah untuk bergerak,” katanya.

Ahmad Musthakim berkata skuad negara juga menyasarka­n untuk sekurangku­rangnya mara ke peringkat akhir, sekali gus menebus kekecewaan lepas apabila sekadar layak ke separuh akhir, ketika kali terakhir acara itu dipertandi­ngkan pada 2011 di Solo, Indonesia.

“Halangan kita adalah pasukan Myanmar yang juga juara bertahan dan kemungkina­n Thailand. Saya tidak letak sasaran tinggi, sekadar ke final dan perak sudah pasti dalam tangan. Kalau emas, itu satu bonus besar buat para pemain dan negara,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan bola tampar duduk, Margaret Durant Chundang berkata beliau yakin pemain negara mampu melangkah ke aksi final berdasarka­n kepada persiapan yang dilakukan oleh pasukan negara sejak Januari lepas.

“Jurulatih dan pemain sudah bertungkus-lumus untuk temasya ini. Saya bangga dengan apa yang dicapai mereka sekarang dan saya yakin pasukan kami akan sampai ke final,” katanya.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad negara adalah pada edisi 2009 di Kuala Lumpur, menyaksika­n skuad negara meraih pingat gangsa. - Bernama

“Kalau ikut kepada perlawanan pendedahan, sebenarnya memang tidak mencukupi kerana kita susah untuk mendapatka­n pasukan untuk ‘sparring’. Pasukan kurang upaya banyak, cuma tidak sama tahap atau tahap mereka lebih rendah berbanding pasukan kita.Kita pernah juga jemput pasukan daripada ‘able body’, tapi biasanya mereka akan bagi alasan takut mengalami ” kecederaan kerana terpaksa bermain duduk.

AHMAD MUSTHAKIM Jurulatih skuad bola tampar duduk

 ??  ?? PENGURUS Pasukan Bola Tampar Duduk Margaret Durant Chundang (dua, kiri) bergambar bersama atlet bola tampar duduk Harman Halion (dua, kiri) dan Md Shahril Md Salleh (kiri) ketika sidang media pada Program Kita Juara Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017...
PENGURUS Pasukan Bola Tampar Duduk Margaret Durant Chundang (dua, kiri) bergambar bersama atlet bola tampar duduk Harman Halion (dua, kiri) dan Md Shahril Md Salleh (kiri) ketika sidang media pada Program Kita Juara Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia