Utusan Borneo (Sabah)

Chris James rangkul kejuaraan

Kejohanan Golf Tertutup KGC Ke-4, 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pemain muda berbakat Christophe­r Daniel James merangkul gelaran juara Gross pada Kejohanan Golf Tertutup KGC Ke-4, 2017 yang berakhir di Kinabalu Golf Club, Tanjung Aru pada Ahad.

Kejohanan tiga hari itu hanya berlangsun­g pada 45 lubang, kurang sembilan lubang, selepas cuaca buruk pada hari kedua, pada Sabtu, memaksa pertanding­an diberhenti­kan dan hanya keputusan sembilan lubang pertama diambil kira.

Christophe­r bagaimanap­un mengepalai persaingan sejak hari pertama menerusi aksi empat atas par 74 pukulan diikuti 38 pukulan pada sembilan lubang pertama hari kedua dan 76 pukulan menutup tirai aksi untuk keseluruha­n 188 pukulan.

Catatan itu membolehka­n beliau selesa dengan lima pukulan mengatasi pemain berpengala­man Chua Poh Guan yang mencatat 78-4174 untuk keseluruha­n 193 pukulan muncul selaku naib johan.

Tempat ketiga disandang oleh Yahya Mohd Yusof dengan catatan 78-39-79 untuk keseluruha­n 196 pukulan, sambil Sabarudin Ismail dengan aksi 77-4080 untuk keseluruha­n 197 pukulan menduduki tempat keempat.

Dua pemain seterusnya Nicholas Marcus (77-41-81) dan Laudin Sundang (8441-74) berkongsi kedudukan kelima selepas masing-masing catat keputusan yang sama dengan 199 pukulan.

Kedudukan ketujuh disandang bersama oleh Ag. Mohd Seh Pg. Damit (8042-79) dan Jakrin Basiran (86-40-75) selepas masingmasi­ng mengumpul 201 pukulan, diikuti Puney Kiob (83-41-78) dengan 202 pukulan menduduki tempat kesembilan, sambil Osman Jalil (82-44-77) dengan 203 pukulan berjaya menempatka­n diri dalam kelompok 10 pemain terbaik tahun ini.

Dalam aksi persaingan Nett yang menentukan pemenang menerusi aksi hari pertama dan kedua pada 27 lubang (18 lubang hari pertama dan sembilan lubang hari kedua), Rayven Leong Kim Taidengan catatan nett tujuh bawah 63 pukulan pada hari pembukaan diikuti 36 pukulan pada hari kedua muncul selaku juara dengan keseluruha­n nett 99 pukulan.

Beliau berada dua pukulan mengatasi naib johan Maximillia­n Benedict Jr. Boijol yang mencatat nett 70-31 untuk keseluruha­n 101 pukulan, sambil Latius Lumbog dengan aksi nett 6735 mengumpul keseluruha­n 102 pukulan menduduki tempat ketiga.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Presiden KGC Datuk Abd Razak Walli dengan disaksikan oleh Kapten KGC Chua Poh Guan dan Timbalan Presiden Persatuan Golf Sabah (SGA) Valerian Hansen Petrus.

 ??  ?? CHRISTOPHE­R James (kanan) dan Rayven Leong bersama trofi kejuaraan masing-masing selepas mengunggul­i Kejohanan Golf Tertutup KGC Ke-4, 2017 di Kinabalu Golf Club, Tanjung Aru pada Ahad.
CHRISTOPHE­R James (kanan) dan Rayven Leong bersama trofi kejuaraan masing-masing selepas mengunggul­i Kejohanan Golf Tertutup KGC Ke-4, 2017 di Kinabalu Golf Club, Tanjung Aru pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia