Utusan Borneo (Sabah)

Marquez ungguli GP San Marino

-

MISANO ADRIATICO, Itali: Juara dunia, Marc Marquez dari Sepanyol, memenangi perlumbaan basah MotoGP San Marino Ahad lepas untuk menyertai Andrea Dovizioso di senarai pendahulu keseluruha­n kategori pelumba.

Marquez, yang menunggang jentera Honda, menamatkan perlumbaan di hadapan pelumba pasukan Ducati dari Itali, Danilo Petrucci di litar basah sementara Dovizioso, juga menunggang jentera Ducati, menamatkan saingan di tempat ketiga.

Marquez dan Dovizioso berkongsi 199 mata dengan baki lima perlumbaan sahaja lagi musim ini.

“Saya cuba mengawal kepantasan sepanjang perlumbaan dan dalam keadaan basah seperti ini, saya terpaksa bersabar tetapi pada akhirnya, saya terpaksa mencuba,” kata Marquez selepas mencipta kemenangan keempat musim ini. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia