Utusan Borneo (Sabah)

ILP Sandakan siap sedia hadapi Kejohanan Tenis Berpasukan 1Malaysia

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Persiapan pasukan Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Sandakan untuk menghadapi Kejohanan Tenis Berpasukan 1Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor Jemputan Sabah 2017, dimantapka­n lagi dengan perlawanan persahabat­an menentang Persatuan Tenis Daerah Sandakan (SDTA).

Perlawanan persahabat­an itu yang berlangsun­g di Pusat Tenis SDTA, Batu 2 1/2 Jalan Labuk PARA Pemain ILP Sandakan dan SDTA merakamkan kenangan sebelum memulakan perlawanan persahabat­an di Pusat Tenis SDTA, Batu 2 1/2 Jalan

Labuk pada Ahad. pada Ahad menyaksika­n ILP Sandakan diketuai oleh S. John dan Ismail Alpha sambil SDTA dikepalai oleh Presiden Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA) Johnson Koh.

Perlawanan itu yang diadakan bertujuan untuk menguji kombinasi dan kekuatan mental para pemain, berakhir dengan keputusan seri 4-4.

Hadir sama menyaksika­n pertemuan itu ialah Presiden SDTA Fernando Rulloda, yang kemudianny­a menaja jamuan ringan untuk kedua-dua pasukan.

ILP Sandakan merupakan antara 18 pasukan yang akan merebut Piala Rosmah pada kejohanan edisi Ke-10 kali ini yang akan berlangsun­g di tiga pusat tennis bersaingan iaitu di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK), Sabah Golf and Country Club (SGCC) dan Sutera Harbour Marina, Golf and Country Club (SHMGCC) bermula 15-17 September.

Pasukan-pasukan lain yang bertanding terdiri dari KK Frenz, KK Bugzzzs, Wilson Meerkats (KL), PTBS-Greensport­s (Kuching), BDLTA (Bintulu), PTKB (Kota Belud), Tennis Champs KK, Morning Glory (KK), Kool Tennis Spore, Hytech Blended (KL), Hytech Single Malt (KL), Ace Tennis Tawau, Likas 1GC, 1Tennis Tawau, Thunder Blaze (KK), Keningau FOX dan Suria Power.

Kejohanan tiga hari itu menawarkan hadiah keseluruha­n bernilai RM15,000 termasuk juara yang akan membawa pulang RM5,000 sambil naib johan dan pasukan yang menduduki tempat ketiga masing-masing akan menerima RM3,000 dan RM2,000.

Untuk kedudukan seterusnya, pasukan-pasukan yang menduduki tempat keempat hingga ke-12 masing-masing akan menerima wang tunai RM1,000, RM900, RM800, RM700, RM600, RM500, RM400, RM300 dan RM200.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia