Utusan Borneo (Sabah)

Nadal rangkul gelaran ketiga Terbuka AS, kejuaraan Grand Slam ke-16

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Rafael Nadal memenangi kejuaraan Terbuka AS buat kali ketiga dan kejuaraan Grand Slam yang ke-16 dalam kerjayanya apabila mudah menewaskan Kevin Anderson dari Afrika Selatan 6-3, 6-3 dan 6-4 Ahad lepas.

Pemain nombor satu dunia dari Sepanyol itu, juara di sini pada 2010 dan 2013, menambah koleksi kejuaraan Grand Slam kedua tahun ini selepas memenangi satu rekod kejuaraan ke-10 di Terbuka Perancis pada bulan Jun.

Musuh lama, Roger Federer, memenangi dua lagi kejuaraan Grand Slam tahun ini, Terbuka Australia dan Wimbledon sekali gus membuktika­n bintang veteran masih mempunyai kuasa untuk bersaing.

Kejuaraan terbaharu Grand Slam ini meletakkan Nadal hanya kurang tiga kejuaraan di belakang rekod yang dipegang Federer – 19 kejuaraan Grand Slam.

Bagi Nadal, ia adalah kejuaraan kelima beliau tahun ini dan yang ke-74 dalam kerjayanya.

“Ia adalah dua minggu istimewa bagi saya. Ia luar biasa dengan apa yang berlaku tahun ini selepas beberapa masalah kecederaan dan juga tidak beraksi dengan baik,” kata Nadal.

“Ia merupakan tahun yang penuh emosi sejak Terbuka Australia. Saya bermain di tahap yang tertinggi dan muncul juara di sini sekali lagi adalah sesuatu yang luar biasa.”

Ia adalah petang yang mengecewak­an buat Anderson, pemain ranking ke-32 dunia yang bermain di final Grand Slam yang pertamanya dari 34 cubaan.

Ia juga final pertama untuk pemain dari Afrika Selatan di AS sejak Cliff Drysdale pada 1965 dan memburu impian menjadi pemenang Grand Slam pertama dari Afrika Selatan sejak Johan Kriek di Terbuka Australia pad 1981.

“Rafa, kami mempunyai usia yang sama tetapi saya mengagumi kamu sepanjang hidup saya,” kata Anderson.

“Ia satu penghormat­an menentang kamu dan kamu adalah salah seorang duta yang hebat untuk sukan kami.”

Pada final yang menjamin pemenang kelima berturuttu­rut adalah dari pemain berusia 30 tahun atau lebih tua, Nadal bermula dengan meyakinkan walaupun Anderson memberikan saingan yang kuat.

Beliau memaksa Anderson, pemain pilihan ke-28 kejohanan, bekerja-keras di sekeliling gelanggang sebelum mendahului 4-3.

Dengan pengalaman yang cukup banyak beraksi di pentas final kejohanan Grand Slam, Nadal tidak kelihatan dalam sebarang ancaman dan bayangan kejuaraan sudah kelihatan apabila memenangi set kedua.

Semuanya menjadi kenyataan apabila Nadal juga tidak menghadapi banyak masalah untuk menamatkan set ketiga. – AFP

 ??  ?? NADAL merangkul kejuaraan Terbuka AS buat kali ketiga selepas menewaskan pencabarny­a dari Afrika Selatan Kevin Anderson. - Gambar REUTERS
NADAL merangkul kejuaraan Terbuka AS buat kali ketiga selepas menewaskan pencabarny­a dari Afrika Selatan Kevin Anderson. - Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia