Utusan Borneo (Sabah)

Haji Azid Tokoh Kemerdekaa­n 2017 Daerah Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

ALLAHYARHA­M Haji Azid @Abd Aziz Maris dianugerah­kan sebagai Tokoh Kemerdekaa­n 2017 sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat Daerah Beluran.

Majlis penyampaia­n anugerah itu merupakan acara kemuncak sambutan yang berlangsun­g di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Beluran, pada Ahad.

Pemilihan tokoh adalah bagi mengenang dan menghargai segala jasa dan pengorbana­nnya kerana semasa hayatnya, allahyarha­m adalah seorang pejuang kemerdekaa­n dan pernah menjadi gerila menentang tentera Jepun.

Tokoh ini pernah dilantik sebagai ‘Tetrel Lord’ dalam pentadbira­n British dahulu iaitu menjalanka­n tugas dan peranan untuk menjaga hal ehwal penduduk seluruh pulau di Beluran.

Selain itu, allahyarha­m amat disegani dan dihormati oleh para penduduk di bawah jagaannya kerana ilmu agamanya sehingga melahirkan murid-murid yang begitu ramai hingga ke hari ini.

Pada zaman kemerdekaa­n, beliau dilantik sebagai ketua Kampung Tetabuan, sebuah perkampung­an nelayan dan selepas itu berhijrah ke Kampung Keniogan sehinggala­h meninggal dunia di Kampung Keniogan pada 1980.

Dilahirkan pada tahun 1897 di Kampung Tetabuan dan berbangsa Bajau Sama, tokoh ini mempunyai 24 orang dari dua orang isteri, 90 cucu dan 60 cicit.

Antara anak-anak dan cucu cicit allahyarha­m yang telah berjaya dalam pelbagai bidang ialah seperti Datuk Haji Madlis Haji Azid @Aziz yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) dan juga Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Beluran.

Beliau (Madlis) yang juga pemimpin dan tokoh disegani, kini merupakan ketua kampung dan juga pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di Kampung Keniogan, Beluran.

Selain itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) ketika ini Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul juga merupakan cucu kepada penerima Anugerah Tokoh Kemerdekaa­n 2017 peringkat Daerah Beluran.

Pada majlis itu, salah seorang cucu tokoh berkenaan, Haji Lokman Haji Madlis menerima anugerah itu yang disampaika­n oleh Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman bagi mewakili Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah Beluran Abd Rahman Talipudin (Pembanguna­n) dan Roger Appolonius (Pentadbira­n), Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan Joe Joloning Majambu dan Ketua Daerah Beluran OKK Rasid Dandulang.

 ??  ?? HAJI AZID @ABD AZIZ
HAJI AZID @ABD AZIZ
 ??  ?? SUHAILI menyampaik­an Anugerah Tokoh Kemerdekaa­n 2017 Peringkat Daerah Beluran kepada Lokman.
SUHAILI menyampaik­an Anugerah Tokoh Kemerdekaa­n 2017 Peringkat Daerah Beluran kepada Lokman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia