Utusan Borneo (Sabah)

Gereja St Peter Claver terima RM210 ribu

-

RANAU: Gereja St Peter Claver Ranau (SPCR) menerima sumbangan sebanyak RM210 ribu daripada Vatican Foundation untuk membina sebuah bangunan tadika (Tadika Kasih Bonda) yang ketika ini sedang menumpang di bangunan Dewan Fr Salm gereja itu.

Rektor Paroki SPCR Rev Fr Nicholas Stephenmen­yatakan demikian semasa berucap sempena majlis Hari Paroki Ranau yang dirasmikan oleh Uskup Agung Kota Kinabalu Datuk John Wong.

Menurut Nicholas, tadika menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar yang mula beroperasi sejak tahun 2015 itu memerlukan sebuah bangunan sendiri bagi menjalanka­n program mereka yang menerima sambutan sangat menggalakk­an daripada umat Kristian di daerah ini.

“Untuk menampung pembinaan bangunan itu, gereja memerlukan peruntukan sebanyak RM750 ribu. Mujurlah pihak Vatican Foundation bermurah hati untuk menyumbang RM210 ribu melalui Keuskupan Kota Kinabalu,” katanya.

Oleh itu katanya, sumbangan daripada semua umat sangat diperlukan bagi merealisas­ikan penyiapan bangunan berkenaan.

Dalam pada itu, John mengumumka­n tentang pembinaan Pusat Katolik seluruh negeri Sabah yang akan dibina di sebuah tempat berdekatan bangunan Katedral Sacred Heart yang memerlukan peruntukan sebanyak RM9.6 juta.

Bagi menyiapkan pusat itu, pihak keuskupan memohon sumbangan ikhlas daripada semua umat Katolik dari 22 parokidala­mKeuskupan­Kota Kinabalu untuk menderma dengan murah hati.

“Jika setiap seorang umat menyumbang sebanyak RM10 maka peruntukan sebanyak RM150 ribu yang perlu disumbangk­an oleh Paroki Ranau bagi pembinaan Pusat Katolik berkenaan akan mudah tercapai,” jelasnya.

Bagi tujuan itu, John telah melancarka­n tabung khas sumbangan daripada semua umat Katolik daerah ini dan beliau sendiri mendahului memasukkan sumbangan ke dalam tabung itu diikuti Nicholas, Fr Francis Tsen, Fr Bruno Yasun dan pemimpin gereja setempat.

Pada majlis itu, beliau turut melakukan upacara pecah tanah bagi merasmikan pembinaan bangunan tadika di belakang Gereja SPCR.

Antara acara pada Hari Paroki berkenaan termasukla­h penerimaan sakramen penguatan oleh seramai 265 umat, pameran daripada 21 komiti gereja, acara umat makan bersama uskup, cabutan tiket bertuah, memotong kek, persembaha­n nyanyian, tarian dan karaoke.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Dennis Sading, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Paginatan Georgina Leong (pengerusi penganjur) serta pemimpin gereja dari 55 stasi luar.

 ??  ?? (Gambar kanan) NICHOLAS mengagihka­n hadiah kepada kanak-kanak yang hadir pada hari itu.
(Gambar kanan) NICHOLAS mengagihka­n hadiah kepada kanak-kanak yang hadir pada hari itu.
 ??  ?? (Gambar atas) PEMENANG hadiah cabutan tiket bertuah berupa sebuah basikal.
(Gambar atas) PEMENANG hadiah cabutan tiket bertuah berupa sebuah basikal.
 ??  ?? JOHN dan Nicholas membuka tirai pelancaran pembinaan bangunan tadika.
JOHN dan Nicholas membuka tirai pelancaran pembinaan bangunan tadika.
 ??  ?? DARI kiri: Denis, John, Georgina dan Nicholas ketika melawat pameran.
DARI kiri: Denis, John, Georgina dan Nicholas ketika melawat pameran.
 ??  ?? (Gambar bawah) PERSEMBAHA­N tarian daripada Belia Zon Kibbas.
(Gambar bawah) PERSEMBAHA­N tarian daripada Belia Zon Kibbas.
 ??  ?? (Gambar atas) JOHN menyempurn­akan upacara pecah tanah.
(Gambar atas) JOHN menyempurn­akan upacara pecah tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia