Utusan Borneo (Sabah)

Jangan malu tiada ijazah

Ilmu kemahiran lebih diperlukan industri

-

KOTA KINABALU: Generasi muda dinasihati agar tidak berasa malu tidak memiliki segulung ijazah.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata ia kerana peluang pekerjaan yang wujud masa kini lebih bertumpu kepada sektor swasta dan kemahiran.

“Apa yang penting dalam kehidupan kita sekarang adalah memperoleh sijil sekali gus dengan kemahiran yang diperlukan dalam pekerjaan yang mana menjadi tuntutan pada masa kini.

“Jika dahulu ibu bapa mahukan anakanak mereka memperoleh segulung ijazah bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan dalam sektor awam.

“Senario seperti ini sudah tiada pada masa kini kerana dunia sudah berubah dan kerana dunia, negara juga sedang berubah dari segi peluang pekerjaan yang terdapat pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesye­n Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Peringkat Negeri Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan 2017 di sini pada Isnin.

Masidi berkata negara sudah mencapai tahap pembanguna­n dunia yang mana masyarakat setempat perlu mengubah cara berfikir untuk mendapatka­n kemahiran bagi menempuhi cabaran sistem pekerjaan kini.

“Pada zaman dahulu, sudah pasti mudah untuk mendapat jawatan dalam perkhidmat­an awam kerana ibu bapa memastikan anaknya berjaya di universiti.

“Namun, jawatan dalam perkhidmat­an awam masa kini sangat terhad dan kekosongan jawatan yang ada itu hanya apabila terdapat penjawat awam menamatkan perkhidmat­an melalu pencen ataupun jawatan baharu yang diwujudkan.

“Kita kena berubah dari segi cara mencari peluang pekerjaan kerana pada masa kini pekerjaan itu ada di sektor swasta atau generasi muda perlu wujudkan pekerjaan sendiri yang mana kita menjadi seorang usahawan,” jelasnya.

Beliau menyanjung tinggi usaha kerajaan mewujudkan SLDN bagi melahirkan lebih ramai generasi muda yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang.

“Itulah tujuan kita untuk menyambung pembelajar­an kita dalam pelbagai bidang terutamany­a kemahiran pada masa kini bagi memperkema­skan diri agar dapat berdikari selalu.

“Saya berharap para graduan tidak memilih pekerjaan kerana peluang meningkatk­an diri sendiri itu sentiasa ada,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pusat Latihan Kemahiran SLDN Sabah dan Labuan Ani Mohd Ridzuan berkata pada majlis berkenaan menyaksika­n seramai 458 graduan dari Sabah dan Labuan menerima sijil tamat pengajian kemahiran.

Jelasnya para belia yang mengikuti kursus kemahiran itu sangat bertuah kerana sistem SLDN berpanduka­n kemahiran yang diperlukan oleh sistem pekerjaan masa kini.

“Selain itu, dalam kursus ini juga melibatkan syarikat-syarikat atau pemain industri itu sendiri bagi memberi peluang kepada pelajar untuk merasakan sendiri dunia pekerjaan sebenar.

“Dalam pada itu, ada antara mereka yang diambil bekerja terus oleh pemain industri dan ada juga yang memulakan perniagaan sendiri.

“Oleh itu, kita lihat SLDN ini mampu menjana tenaga mahir yang diperlukan,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Dr Johnson Tee, Pengarah Bahagian SLDN Mohamad Yaacob serta Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran Wilayah Sabah dan Labuan Mohd Azmi Pelah.

“Apa yang penting dalam kehidupan kita sekarang adalah memperoleh sijil sekali gus dengan kemahiran yang diperlukan dalam pekerjaan yang mana menjadi tuntutan pada masa kini. ” DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

 ??  ?? MASIDI (tengah) menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan pada konvokesye­n berkenaan.
MASIDI (tengah) menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan pada konvokesye­n berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia