Utusan Borneo (Sabah)

Dalai Lama seru Suu Kyi akhiri krisis

Beliau menegaskan Buddha sudah pasti akan membantu penduduk Rohingya

-

NEW DELHI: Dalai Lama menggesa Aung San Suu Kyi untuk mendapatka­n penyelesai­an aman kepada krisis Rakhine di Myanmar dan meluahkan kebimbanga­n mengenai keganasan yang telah memaksa kira-kira 300,000 Rohingya Muslim untuk melarikan diri dari negara majoriti Buddha itu.

Pemimpin utama Buddha itu menulis kepada pemimpin awam ‘de facto’ Myanmar yang juga rakan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, sejurus selepas keganasan terbaharu meletus di negeri itu pada Ogos.

Beliau menggesa Suu Kyi berhubung dengan segenap lapisan masyarakat untuk cuba menyelesai­kan krisis di Rakhine di mana minoriti Rohingya tanpa negara sudah bedekad-dekad menjadi mangsa penindasan.

“Persoalan yang dikemukaka­n kepada saya mencadangk­an ramai sukar memahami apa yang berlaku kepada Muslim di sana sedangkan Myanmar mempunyai reputasi sebagai sebuah negara Buddha,” tulisnya dalam surat tersebut yang dilihat AFP semalam.

“Saya merayu kepada anda dan rakan-rakan pemimpin anda untuk berhubung dengan segenap lapisan masyarakat untuk cuba memulihkan hubungan mesra dalam populasi atas semangat keamanan dan penyatuan semula.”

Dalai Lama merupakan antara pemenang Nobel yang mengecam keganasan itu, yang menurut utusan khas PBB dalam hak asasi manusia di Myanmar mungkin telah menyebabka­n lebih 1,000 maut, kebanyakan­nya Rohingya.

Pemenang Nobel lain Malala Yousafzai dan Uskup Agung Desmond Tutu juga telah menggesa Suu Kyi untuk campur tangan bagi pihak Rohingya.

“Sekiranya harga politik kenaikan anda ke pejabat tertinggi di Myanmar adalah kebisuan anda, harga itu sememangny­a terlalu mahal,” kata Tutu yang telah menjadi suara moral Afrika Selatan selepas membantu menumbangk­an aparteid di sana.

Majoriti penganut Buddha di Myanmar melihat negatif Rohingya, yang dinafikan kerakyatan dan dilabel sebagai pendatang haram Benggali.

Nasionalis Buddha yang diketuai sami-sami pelampau, beroperasi atas kempen Islamofobi­a dalam menyeru mereka dihalau keluar dari negara tersebut.

Dalai Lama berkata, beliau pernah berbincang dengan Suu Kyi mengenai ketegangan agama di negaranya dan sekali lagi menggesa beliau untuk mengekang keganasan.

“Sebagai rakan Buddha dan pemenang hadiah Nobel, saya merayu kepada anda dan rakan-rakan pemimpin anda sekali lagi untuk mendapatka­n penyelesai­an kemanusiaa­n yang berterusan kepada masalah yang sudah lama berlarutan ini,” tulis beliau.

Dalai Lama bercakap dengan lantang buat kali pertama mengenai krisis pelarian Rohingya dengan menyatakan Buddha pasti akan membantu penduduk Muslim yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar.

“Mereka yang mengganggu segelintir Muslim harus mengingati Buddha,” katanya kepada wartawan yang bertanyaka­n tentang krisis tersebut pada malam Jumaat lalu.

“Buddha sudah pasti membantu penduduk Muslim yang miskin itu.

“Justeru saya masih berasa demikian, sungguh menyedihka­n,” katanya lanjut. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DALAI Lama yang merupakan penaung Children in Crossfire, bergurau dengan pengasas pertubuhan kebajikan tiu Richard Moore pada acara ‘Compassion in Action’ di Londonderr­y, Ireland Utara kelmarin.
— Gambar Reuters DALAI Lama yang merupakan penaung Children in Crossfire, bergurau dengan pengasas pertubuhan kebajikan tiu Richard Moore pada acara ‘Compassion in Action’ di Londonderr­y, Ireland Utara kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia